Klopp Tidak Mahu Fikirkan Tentang Kejuaraan Liga Selepas Diaibkan Oleh Burnley

Jurgen Klopp mengakui bahawa beliau sangat terkejut dengan kekalahan 0-1 Liverpool di tangan Burnley awal pagi tadi, dan menyatakan bahawa ia merupakan satu hal yang sepatutnya mustahil untuk berlaku.

The reds melayan kunjungan skuad kendalian Sean Dyche ke bumi Anfield dengan mereka ketika itu berada di kedudukan keempat dalam saingan liga dan enam mata dibelakang pendahulu, Manchester United.

Walau bagaimanapun, Liverpool gagal untuk menghadapi Burnley di halaman mereka sendiri dan kini meletakkan diri mereka dalam kedudukan paling teruk dalam tempoh sedekad ini.

Skuad kendalian Jurgen Klopp itu dikejutkan dengan jaringan pada minit ke-81 Burnley hasil dari sepakan penalti yang disempurnakan oleh Barnes.

Burnley dihadiahkan dengan sepakan penalti selepas Alisson Becker didakwa dengan sengaja menjatuhkan Barnes di dalam kotak penalti mereka.

Jaringan tersebut menjadikan Burnley sebagai pasukan pertama yang berjaya menewaskan Liverpool di bumi Anfield dalam saingan liga sejak dari April 2017.

Liverpool mengalami kekalahan pertama dari 68 perlawanan sebelum ini di Anfield dalam saingan liga, dan anak-anak buah Sean Dyche berbangga memecahkan rekod tersebut seterusnya membawa pulang tiga mata berharga.

Bercakap kepada Sky Sports, Klopp meletakkan sepenuh kesalahan di bahu beliau sendiri dan menegaskan bahawa:

“Perkara yang paling tidak berkesan adalah diri saya sendiri.”

Pengurus Liverpool itu turut memberitahu BBC Match of the Day bahawa beliau tidak boleh membayangkan untuk terus mencabar kejuaraan liga pada ketika ini, selepas skuadnya melepaskan tiga mata berharga kepada Burnley.

Klopp menjelaskan:

“Semuanya, semua bahasa Inggeris, berat, tumbukan padu ke muka atau apa saja, semua tu tanggungjawab saya, itulah cara paling mudah untuk saya jelaskan.”

“Kami banyak mendapat bola, mencipta peluang dan gagal untuk menamatkan situasi tersebut. Ia menjadikan permainan lebih terbuka dan memberikan mereka penalti. Alisson beritahu saya bahawa dia tidak menyentuh pemain itu, tapi saya tidak nampak situasi di sana.”

“Ia merupakan keputusan yang salah pada ketika ini, tiga hantaran silang ke dalam kotak, kami cuba mencari pemain, gagal, ia tugas saya untuk pastikan para pemain berada dalam kedudukan yang betul, kedudukan yang mereka rasa betul.”

“Ia tugas yang sukar, bukan mudah untuk dijelaskan. Mereka semua bukan lagi pemain yang lepas kekalahan 7-0 mereka akan fikir kita akan lalui seperti ini, mereka pada malam ini bekerja keras dan ia tidak berhasil, dan andai sesuatu tidak berhasil kamu harus berkerja lebih keras, lebih gigil, lebih lama. Ia bukan mudah untuk kalah dalam perlawanan itu dan kami lakukannya.”

“Ini bukan tentang menyalahkan, kita harus selesaikan masalah ini bersama dan kami akan lakukan itu. Dalam bola sepak, kamu tidak ada tempoh waktu yang banyak. Kami banyak mencuba, ada masa ia menjadi dan adakala ia tidak.”

“Itu lah masalahnya. Kamu perlu memecahkan tembok itu dengan mencuba, dan cuba dengan cara yang betul. Kami ada kesempatan.”

“Kami tidak boleh membayangkan untuk terus terlibat dalam perlumbaan merebut kejuaraan liga buat masa ini.”

Liverpool kini akan mengalihkan tumpuan mereka kepada aksi bertemu Manchester United di Old Trafford hujung minggu nanti dalam saingan Piala FA.

Juara bertahan premier league itu juga akan kembali beraksi dalam saingan liga pada hari Khamis nanti bertemu Tottenham Hotspur.

Dapatkan berita terkini di Telegram kami. Klik butang di bawah.