Pengurus Liverpool, Jurgen Klopp menilai situasi semasa sebagai tidak adil untuk Liverpool sekiranya Liga Perdana Inggeris (EPL) ditamatkan begitu sahaja tanpa juara.
Bagi Klopp hal tersebut kerana musim yang telah berlangsung sudah menghampiri pengakhiran, dan pasukan kendaliannya pula sedang mendahului dengan jara mata yang jauh berbeza berbanding pasukan-pasukan lain.
“Ada pihak yang berbicara dan mahukan musim ini ditamatkan begitu sahaja. Jadi apa pandangan anda? Kita sudah bermain 76% dari perlawanan pada musim ini dan anda mahu ia ditamatkan begitu sahaja?
“Kami kini berada di kedudukan pertama liga, saya ulangi sekali lagi. ‘kami kini berada di kedudukan pertama liga.'”
Jurgen Klopp speaks on the Premier League season 🏆 pic.twitter.com/cZgBl0HvZT
— B/R Football (@brfootball) May 18, 2020
“Ini adalah musim di mana kami sepatutnya ditabalkan sebagai juara,” kata Klopp kepada salah sebuah media di UK.
Klopp mengakui semua pihak sedang mengalami krisis kesihatan global. Namun bagi pengurus dari Jerman itu, ia tidak bererti setiap keputusan yang diambil tidak perlu mempertimbangkan perkara lain.
Sebenarnya secara tersirat, Klopp mahu agar saingan Liga Inggeris kembali disambung. Namun jika ianya terpaksa ditamatkan, keputusan tersebut harus datang sekali dengan pakej menjadikan Liverpool sebagai juara.
Jurgen Klopp's lockdown hasn't been wasted 😂 pic.twitter.com/ubtoz1fK2w
— ODDSbible (@ODDSbible) May 15, 2020
“Menghadapi krisis adalah pekara yang penting. Namun ia tidak bererti hal-hal lain [termasuk EPL] menjadi tidak penting sama sekali.
“Secara peribadi sudah tentu saya melihat ia tidak adil [jika pertandingan ditamatkan tanpa juara],” tambah Klopp.
Sehingga saingan ditangguhkan pada 16 Mac lalu, Liverpool sudah selesai beraksi dalam 29 perlawanan dan mengumpul 82 mata untuk memberikan kelebihan 25 mata ke atas Manchester City yang mempunyai kelebihan satu perlawanan di dalam tangan.
RUMUSAN
Apa yang dikatakan oleh Klopp itu memang betul. Ianya tidak adil bagi Liverpool yang menunggu untuk menamatkan kemarau kejuaraan Liga Inggeris selama 30 tahun lamanya.
Dalam tempoh 30 tahun ini, Malaysia dah hantar angkasawan ke angkasa. Itu contoh. Banyak lagi contoh lain sebenarnya.
Jika EPL tidak disambung, wajarkah Liverpool dinobatkan selaku juara Liga Perdana Inggeris kurang 6 mata? Secara peribadi kami kata ya.
Tetapi ia akan menjadikan Liverpool pasukan pertama dalam sejarah bola sepak Inggeris sebagai ‘uncomplete champion’. Sama ada dibezakan hanya dengan 1 mata atau 25 mata, ia tetap bukan kejuaraan yang lengkap.
So macam mana? Kami ok je.