Klopp Termakan Umpan Bayern Munich, Walaupun Sudah Diberi Amaran Oleh Setan Merah

Manchester United secara tidak langsung telah membantu Liverpool mendapatkan Thiago Alcantara dari Bayern Munich selepas menegaskan mereka tidak berminat dengan pemain tengah Sepanyol itu beberapa hari yang lalu.

Sebagaimana yang diketahui khabar angin Thiago Alcantara telah menjadi perbincangan hangat di jendela perpindahan kali ini.

Ianya bukan rahsia lagi bahawa Thiago rnggan memperpanjangkan kontraknya dengan Bayern Munich kerana ingin menyertai Liverpool.

Jurgen Klopp juga adalah peminat pemain tengah itu. Namun demikian Liverpool mengambil masa yang lama untuk mendapatkan pemain tersebut kerana The Reds dikatakan belum sanggup untuk membayar nilai €30 juta yang dianggap mahal.

Pada masa yang sama Liverpool dan Thigao dikhabarkan sudah lama mencapai persetujuan untuk terma peribadi.

Namun demikian perpindahan itu tidak direalisasikan sebelum ini sehingga mendorong pemain itu berkata tidak pernah berniat meninggalkan Bayern Munich.

Dan secara tiba-tiba Manchester United dikatakan turut berminat mendapatkan Thiago. Perkhabaran tersebut bagaimanapun pantas dinafikan oleh Setan Merah itu dalam satu kenyataan.

Menurut beberapa laporan dari UK termasuk Manchester Evening News, Thiago tidak pernah berada di dalam perancangan Ole Gunnar Solksjaer.

Malah juara 20 kali Liga Perdana Inggeris itu mendakwa Bayern Munich sengaja mengaitkan Manchester United dengan Thiago untuk mengekalkan nilai €30 juta sekaligus memaksa Liverpool mempercepatkan urusniaga.

Sepatutnya dengan situasi tersebut, Bayern Munich seharusnya berada di dalam situasi untuk tidak berkeras, dan melepaskan Thiago yang hanya mempunyai bai kontrak setahun saha jali dengan nilai lebih murah.

Klopp bagaimanapun seperti tidak menyedari apa yang berlaku dan tetap memaksa Liverpool untuk mendapatkan pemain tengah itu pada nilai yang dikehendaki oleh Bayern Munich.

Dapatkan berita terkini di Telegram kami. Klik butang di bawah.