Jurgen Klopp menyatakan bahawa beliau tidak suka dengan cara Atletico Madrid bermain. Di mana pasukan itu hanya pandai bermain counter attack sahaja.
Pasukan Jurgen Klopp dihumban keluar oleh Atletico Madrid daripada round of 16. liga Juara juara Eropah 2019/20.
Lebih memalukan, Liverpool tersingkir di hadapan penyokong sendiri dengan aksi kelakar penjaga gol mereka menjadi sebab kegagalan mereka sekali lagi.
Walaupun Klopp tak gembira dengan taktikal Simeone, namun beliau gembira dengan taktikal beliau yang menjurus kepada kekalahan tanpa was was.
Klopp menyatakan kegembiraan beliau kepada BT Sports: “Saya sangat gembira dengan aksi kami hari ini. Susah betul nak menentang pasukan macam ini (Atletico Madrid).
“Saya tak faham dengan kualiti bola sepak yang mereka mainkan. Mereka patut bermain dengan corak permainan yang lebih baik berbanding dengan hanya berkampung di bawah dan menyerang balas lawan.”
Klopp kemudian menganggap dirinya sebagai loser teruk selepas kekalahan yang sukar diterima ini. Mesti ramai kat komen kata kami yang cakap Klopp loser tanpa membaca artikel ini.
Jürgen Klopp: ''I realise I am a really bad loser, especially when the boys put such an effort in against world-class players on the other side who defend with two rows of four.'' #UCL #LIVATL pic.twitter.com/rmDC2lTGrE
— Football 24/7 (@Foet247Europe) March 12, 2020
Pengendali dari Jerman itu menyatakan para pemain pasukannya sudah berusaha bersungguh sungguh.
“Kami terima je la, cuma rasa macam tak kena pada malam ini. Saya akui saya seorang loser malam ni.”
“Saya sedari saya seorang loser teruk terutama sekali apabila anak-anak buah saya telah memberikan kerja keras yang luar biasa berhadapan dengan pemain-pemain lawan kami yang berkelas dunia yang bertahan dengan dua garisan 4 pemain.”
“Kami tahu dalam dua musim sebelum ini kami berjaya mara ke Liga juara-juara Eropah sebanyak dua kali. Namun pada hari ini nasib tidak menyebelahi kami untuk beberapa detik yang penting.”
“Pada kedudukan 2-1 ianya tidak begitu bagus dan ianya menjadi teruk ketika mereka menjaringkan gol, tetapi bukanlah masalah besar.”
“Masalah lebih besar itu hadir apabila mereka menjaringkan gol kedua.”
“Selepas gol kedua tadi, kamu agak keletihan. Hantaran lintang kami hari ini tidak seperti yang kami harapkan. Para pemain lupa melakukannya seperti mana mereka mencipta gol pertama.”
Atletico Madrid mara dengan sangat bergaya menewaskan Liverpool dengan keputusan 2-3 di Anfield dan secara agregat menang 4-2.
Marcos Llorente menjadi masalah terbesar Liverpool apabila beliau masuk dan menjaringkan dua gol. Pemain yang akhirnya menyedarkan penyokong Liverpool betapa sia sianya mereka berjaga pada subuh dini hari.
Satu lagi gol Atletico adalah daripada bekas pemain Chelsea iaitu Alvaro Morata yang sebelum ini dituduh takut bini oleh media Inggeris.
Liverpool mendahului dengan dua gol dalam perlawanan ini menerusi Gini Wijnaldum dan juga Roberto Firmino.
Kekalahan ini menyaksikan Liverpool sudah terlepas kesemua cup competitions musim ini dan tinggal hanya Liga Perdana Inggeris yang masih ada dalam sasaran mereka pada hari ini. Jangan ini pun terlepas dah la.