Klopp Sedang Tunaikan Permintaan Budak Ini Suruh Liverpool Berhenti Menang

Ingat lagi tak dengan penyokong kecil Man United yang bernama Daragh. Di mana budak ini menulis surat kepada Jurgen Klopp.

Daragh yang merupakan penyokong fanatik Man Utd menulis warkah dan dia meminta Klopp memastikan Liverpool selepas ini berhenti menang.

Ini selepas budak tu bengang dengan Liverpool yang menang banyak sangat pada musim ini. Tak berhenti, ibarat limpahan cheese leleh pada burger tepi jalan.

Selepas surat itu, Liverpool sudah 3 kali kalah daripada 4 perlawanan terakhir. Hilang status tanpa kalah dan tak mampu menyamai rekod Arsenal pada 2003/04.

Pedih bukan?

Kekalahan di tangan Chelsea pula menyaksikan impian treble Liverpool terhapus. Memberikan peluang kepada penyokong United membanggakan sejarah Treble mereka pada 99 yang tiada ulangan.

Sorang kanak-kanak dari Donegal telah menulis surat dengan format SPM kepada Klopp. Antara petikan daripada surat itu:

“Liverpool menang banyak sangat. Jika kamu menang 9 perlawanan lagi, kamu akan memecahkan rekod tanpa kalah terbaik dalam Liga Inggeris. Sebagai penyokong Man United, ini sangat menyedihkan.”

“Jadi, lepas ni, kalau Liverpool turun beraksi, pastikan mereka kalah. Pastikan pasukan lain pulak skor. Saya nak pujuk kamu supaya jangan menang sebarang perlawanan lagi dan jangan menang Liga Perdana Inggeris.”

Klopp menerima surat itu dan membalasnya, dengan menyatakan beliau tak boleh menunaikan permintaan budak itu.

Menurut Klopp dia tak boleh melakukannya kerana ada berjuta lagi peminat Liverpool mengharapkan Liverpool menang.

Namun Klopp ternyata bermain wayang. Ini apabila sudah 3 kekalahan diberikan Klopp kepada budak bernama Daragh itu.

Ternyata Klopp sedang menunaikan permintaan Daragh dan menghampakan jutaan penyokong Liverpool yang lain.

Bermula dengan kekalahan di tangan Atletico dalam saingan UCL. Di mana skuad Jurgen Klopp akur dengan keputusan kalah 1-0 di Wanda Metropolitano.

Ini diikuti kekalahan memalukan di tangan Watford di VicarageRoad dalam aksi Liga Perdana Inggeris. Liverpool kalah 3-0.

Dan kelmarin, kalah di tangan Chelsea dalam aksi Piala FA pusingan kelima. Liverpool kalah 2 gol tanpa melawan di Stamford Bridge.

Pastinya Daragh sedang tergelak besar sambil memakan coki coki di rumahnya. Menikmati detik detik Liverpool berhenti menang.

Siapa sangka, hanya dengan sekeping surat, Liverpool jadi gundah gulana.

Liverpool masih 22 mata di atas liga. Dan mereka masih ada peluang untuk mara ke UCL dengan deifisit gol cuma satu.

Namun adakah Klopp akan terus menghadiahkan budak tersebut kekalahan demi kekalahan?

Adakah malapetaka bakal berlaku di mana Liverpool ‘slip’ lagi daripada kejuaraan Liga Perdana Inggeris selepas ini?

Ia bukan perkara yang boleh diterima oleh penyokong Liverpool.

Dapatkan berita terkini di Telegram kami. Klik butang di bawah.