Klopp Secara Rasmi Diiktiraf Sebagai Pengurus Paling Power Di Premier League

Pengurus Liverpool Jurgen Klopp telah dinamakan sebagai Pengurus Terbaik Liga Perdana Inggeris pada musim ini.

Pengendali dari Jerman itu mengemudi The Reds menamatkan kemarau (bukan kemarau tidak hujan) kejuaraan liga selepas 30 tahun penantian.

Liverpool mengumpul 99 mata, merekodkan 32 kemenangan dari 38 perlawanan untuk menamatkan saingan 18 mata di hadapan pasukan di kedudukan kedua, Manchester City.

Calon-calon lain yang ditewaskan oleh Klopp untuk anugerah tersebut ialah boss Chelsea Frank Lampard, pengendali Leicester Brendan Rodgers, dan pengurus Sheffield United Chris Wilder.

Pada musim pertama di Anfield, Liverpool telah mara ke final League Cup dan Eruopa League di mana mereka tewas dalam kedua-dua perlawanan akhir itu.

Musim 2016/17 Mmenyaksikan Kloop telah membawa The Reds kembali ke Champions League buat pertama kali sejak 2014. Menamatkan musim itu ditangga ke-4 pada hari terakhir menewaskan Middlesbrough di Anfield.

Kepulangan kembali Liverpool ke Champions League dengan penuh bergaya apabila mara ke final di Kiev sebelum tewas 3-1 kepada juara bertahan Real Madrid.

Namun pada musim 2018-19, pengurus berusia 52 tahun itu sekali lagi membawa Liverpool ke final Champions League dan telah menjulang kejuaraan ke-6 Liverpool dengan menewaskan Tottenham Hotspur 2-0.

Di saingan domestik, Liverpool menamatkan liga ditempat kedua walaupun mengumpul 97 mata dan mengejar Manchester City hingga perlawanan terakhir.

Musim ini Klopp memastikan impian dan penantian The Reds dimakbulkan setelah 30 tahun menunggu. Sayang sekali mereka gagal meraih kejuaraan berganda di eropah dan domestik, seperti yang pernah diraih seteru mereka Manchester United.

Bulan lalu Klopp turut dinamakan sebagai Pengurus Tahunan Persatuan Pengurus Liga.

Pemain pertahanan Trent Alexander-Arnold turut membolot Anugerah Pemain Muda Premier Leagur pada Jumaat lalu.

Pemenang Anugerah Premier LEague telah ditentukan melalui undian daripada orang awam (macam Akademi Fantasia tu), disertai oleh panel-panel khas yang pakar dalam bola sepak.

Pengurus yang kini berusia 51 tahun tiu telah dilantik sebagai pengurus Liverpool pada 8 Oktober 2015 selepas cemerlang selama 7 tahun bersama Borussia Dortmund dengan 2 kejuaraan Bundesliga dan mara ke perlawanan akhir Champions League.

Sebelum itu Klopp telah bersama FSV Mainz 05 dan telah membawa kelab itu ke liga teratas Jerman buat pertama kali dalam sejarah kelab pada 2004 dan bermain di kejohanan Eropah setahun kemudaian.

 

 

Dapatkan berita terkini di Telegram kami. Klik butang di bawah.