Klopp: “Kasihan Chelsea, Namun Tindakan Kerajaan British Tepat”

Pengurus Liverpool, Jurgen Klopp menyokong tindakan kerajaan UK yang membekukan Chelsea selepas mengenakan sekatan ke atas Roman Abramovich.

Menurut Klopp kerajaan Britain sudah mengambil tindakan yang betul namun pada masa yang sama dia bersimpati dengan nasib semua yang berada di Chelsea ketika ini.

Chelsea masih dibenarkan beroperasi menggunakan lesen khas sehingga 31 May. Namun dilarang menjual tiket pada hari perlawanan, larangan menjual barangan kelab, serta tidak dibenarkan membeli atau menjual pemain.

Roman Abramovich masih dibenarkan untuk mengawal penjualan Chelsea namun tidak boleh mengambil walau sesen pun daripada penjualan tersebut.

Jurgen Klopp ditanya tentang pandangan beliau tentang Chelsea. Klopp berkata: “Thomas Tuchel dan saya saling mengenali. Namun kami bukanlah rapat sampai bersembang selepas perlawanan, namun ya, pada kesempatan lain [kami bercakap].”

“Untuk dia dan para pemain dan semua staf di Chelsea, ianya sesuatu yang di luar tanggungjawab mereak, atas apa yang berlaku menimpa mereka.”

“Satu satunya orang yang benar benar bertanggungjawab ialah Vladimir Putin.”

“Saya tak tahu tentang apa peranan Roman Abramovich dalam semua benda ni dalam beberapa tahun ini. Tapi mungkin kamu boleh agak sendiri.”

“Saya rasa kerajaan British melakukan perkara yang betul untuk 100% jujur dalam hal ini. Tetapi masih juga perkara ini tidak bagus untuk mereka yang berada di Chelsea dan para penyokong mereka.”

“Saya faham tentang itu, namun apa yang dilakukan kerajaan adalah tepat.”

Thomas Tuchel mengakui bahawa dia sendiri tidak pasti bagaimana para pemain mereka menerima apa yang berlaku ketika ini.

Namun para pemainnya kekal profesional dan menang ke atas Norwich semalam.

Chelsea berdepan dengan kehilangan penaja utama mereka. Three baru mengumumkan bahawa mereka menarik tajaan mereka daripada Chelsea buat masa ini.

Seterusnya Hyundai juga sedang meneliti tentang tajaan mereka. Dan kemungkinan akan mengikuti langkah yang sama.

Tidak lama kemudian, Nike pula dilaporjan sedang mempertimbangkan untuk menarik diri daripada menaja Chelsea.

Jika itu berlaku Chelsea kehilangan baki tajaan sekitar £540 Juta daripada £900 jutaan dalam kontrak yang dimeterai pada 2016 selama 15 tahun.

Dapatkan berita terkini di Telegram kami. Klik butang di bawah.