Liverpool tewas 2-0 di tangan Napoli di San Paolo. Napoli dan Liverpool saling berbalas serangan dan bertahan dengan baik.
Sehinggalah minit ke-82, Napoli dihadiahkan penalti selepas Jose Callejon dijatuhkan oleh Andy Robertson.
Dries Mertens menyempurnakan penalti itu. Dan tidak lama selepas itu, Napoli menambah 1 lagi gol, membuatkan juar bertahan, Liverpoool tewas 2-0.
Bercakap kepada wartawan selepas tamat perlawanan, Jurgen Klopp tidak gembira dengan penalti yang diberikan kepada Napoli, dan mempersoalkan kenapa tiada VAR digunakan?
Klopp merasakan penalti itu menjadi ‘turning point’ kepada kekalahan Liverpool.
“Ini perlawanan yang seimbang. Ia satu kekalahan yang menyakitkan kerana kita ada beberapa peluang dalam perlawanan ini.”
“Ianya perlawanan terbuka dan banyak serangan balas daripada kedua-dua pasukan. Namun malangnya kami tidak menyempurnakan peluang yang kami miliki.”
“Pada separuh masa kedua, perlawanan ini menjadi lebih gila. Mereka berlari dan kami juga berlari sepanjang masa.”
Klopp kemudian kehairanan, kenapa pihak pengadil dan VAR menolak untuk melakukan tinjauan semula untuk insiden penalti.
“Saya tak rasa itu adalah penalti. Apa yang saya boleh katakan, pada pandangan saya, jelas sekali tiada penalti untuk insiden seperti itu.”
“Beliau melompat sebelum sebarang kontak terkena beliau. Namun kami tidak ada kuasa mengubah keputusan pengadil.”
"I don't think it's a penalty."
"What can I say? Callejon jumps before there is contact."
Jurgen Klopp accepts the result but he's not happy with the decision that put his side behind 👀
🎙 @DesKellyBTS pic.twitter.com/2HEH9a62Qg
— Football on BT Sport (@btsportfootball) September 17, 2019
Klopp tetap berbangga dengan aksi para anak buahnya.
“Kami bermain banyak sekali bola sepak yang bagus, cuma tiada penyudah. Kami mengawal beberapa detik perlawanan. Namun tidak mencipta peluang yang cukup, jadi kami kena terima kekalahan ini.”
“Sangat kerap kami tidak melakukan lebih baik kepada bola ketika proses penyudah.”
Selepas ini Liverpool akan berhadapan dengan Chelsea dalam saingan liga. Ianya pasti menarik kerana kedua-dua pasukan yang memegang status juara UCL dan UEL ini mahu bangkit daripada kekalahan.