Pengurus Liverpool Jurgen Klopp berkata pemain-pemain kendaliannya tidak ubah seperti kanak-kanak berusia 5 tahun.
Ini kerana pemain-pemain Liverpool senttiasa bersemangat untuk meneruskan latihan di kawasan lapang rumah masing-masing sepanjang tempoh berkurung ini.
Klopp turut mengisytiharkan pasukan bimbingannya sudah bersedia untuk menyambung kembali saingan Liga Perdana Inggeris musim ini, sekaligus merangkul kejuraan yang kali terakhir dicapai 30 tahun lalu.
Bekas pengendali Borussia Dortmund itu mengaku tidak tahu bilakah saingan akan kembali bermula. Namun Klopp berkata pasukan bimbingannya akan memberikan aksi terbaik sebaik sahaja saingan kembali bermula.
Sepanjang tempoh berkurung akibat penularan wabak, The Reds telah menyediakan latihan insentif untuk mempersiapkan pemainnya sebaik saingan bermula.
“Pemain-pemain mempunyai banyak kerja [latihan] yang harus dilakukan, [latihan fizikal] kerena kami semua berharap untuk kembali menyambung semula pertandingan,” kata Klopp.
“Saya tidak tahu bila ia [EPL} akan kembali, tetapi kami harus siap-siap untuk itu. Maka itulah yang sedang dilakukan oleh pemain,” kata jurulatih yang berasal dari Jerman itu.
Pada ketika ini Liverpoo berada di puncak LIga Perdan Inggeris dengan 82 mata selepas melalui 29 perlawanan. Skiad Merseyside itu unggul dengan kelebihan 25 mata mengatasi Manchester City di kedudukan kedua.
Jordan Henderson dan rakan sepasukannya di Liverpool kini hanya memerlukan 6 mata sahaja lagi untuk mengesahkan kejuaraan milik mereka.
Sumber: CNN