Jurgen Klopp tidak gembira dengan tuduhan yang dilemparkan kepada Sadio Mane. Sebelum ini Guardiola menyifatkan Liverpool sentiasa ada senjata rahsia iaitu Sadio Mane.
Ini kerana Mane, pada pandangan Guardiola pemain yang serba boleh dan banyak bakat. Selain daripada berbakat melakukan gol penting pada saat akhir, Mane juga berbakat dalam diving.
Guardiola berkata begitu selepas Sadio Mane dilayangkan kad kuning kerana melakukan simulasi ketika berhadapan dengan Aston Villa.
Liverpool ketinggalan 1-0 di Villa Park. Sadio Mane menjadi inspirasi kebangkitan Liverpool dengan melakukan assist kepada Andy Robertson.
Mane kemudiannya menjaringkan gol kemenangan pada masa kecederaan dengan tandukan kilas.
Bercakap kepada BBC, Guardiola berkata: “Banyak kali dah berlaku dan banyak kali Liverpool melakukannya dalam beberapa musim kebelakangan ini.”
“Semua ini berlaku kerana mereka ada Sadio Mane yang ada bakat istimewa. Kadangkala dia diving dan kadangkala dia menunjukkan bakatnya menjaringkan gol cantik pada saat akhir. Mane sangat berbakat.”
Jurgen Klopp kemudian membalas balik dan menyatakan beliau tidak faham apa yang cuba disampaikan Guardiola. Adakah beliau hanya bercakap tentang Mane ataupun nak mengata satu pasukan Liverpool.
Klopp kemudian menyindir Guardiola sebagai pengurus yang suka menggunakan tactical foul yang merupakan taktik kotor. Beberapa pengurus seperti Ole Gunnar Solskjaer dan Manuel Pellegrini bercakap tentang taktik kotor Guardiola itu.
🗣| Pellegrini accused City of making repeated tactical fouls.
“Every time we tried to arrive in their box they committed fouls.
If you review the game that is why we didn’t create too many chances in the first half. All our offensive moments of attacking ended in a foul.“ pic.twitter.com/1at29ZA3Yb
— City Chief (@City_Chief) August 10, 2019
Dalam beberapa perlawanan, pemain seperti Fernandinho sudah menerima kad kerana foul seperti itu.
“Saya tidak percaya pada awalnya ketika orang kata beliau mengeluarkan komen sebegitu, sehinggalah saya sendiri melihatnya.”
“Tak pasti sama ada Pep nak bercakap tentang Mane sahaja atauapun pasukan kami. Kedua-duanya tidak elok untuk beliau kata begitu, rasanya.”
“Saya tak berminat benda-benda macam ini. Dan saya berjanji tidak akan menyebut tentang tactical fouls.”
Liverpool dan Manchester City akan bertemu di Anfield pada Ahad ini. Perlawanan yang menemukan 2 pasukan teratas dan pesaing kejuaraan pada musim ini.
Liverpool masih lagi 6 mata di atas Manchester City dalam carta liga. Kedua-dua pasukan terlebih dahulu akan beraksi dalam UCL pada pertengahan minggu.