Pengurus Liverpool berpendapat kejayaan Bayern Munich merangkul kejuaraan UEFA Champions League (UCL) pada musim ini adalah disebabkan faktor nasib.
Komen tersebut tiba selepas Klopp mengulas kejayaan Hansi Flick yang berjaya mengubah nasib gergasi Bundesliga Jerman itu dalam tempoh masa yang singkat.
Kejayaan menewaskan Paris Saint-Germain (PSG) di perlawanan akhir Champions League tempoh hari adalah kemenangan ke-21 berturut-turut kelab Bavarian itu di dalam semua pertandingan.
🎶 EUROPAPOKAL! EUROPAPOKAL! EUROPAPOKAL! EU-RO-PA-POKAL! 🎶 #MiaSanChampions #FCBayern pic.twitter.com/dWvswaGeJl
— CHAMPIONS OF EUROPE 🏆 (@FCBayern) August 24, 2020
Klopp yang membimbing Liverpool muncul juara eropah pada musim lalu bertanggapan Bayern Munich adalah sebuah pasukan yang memiliki pemain berkelas dunia di semua posisi.
Namun Klopp juga berpendapat kejayaan mereka di Eropah lebih banyak dibantu oleh faktor nasib kerana penjadualan semula perlawanan Bundesliga selepas liga di eropah berehat panjang amat sesuai untuk cabaran di UCL.
Liverpool yang merupakan juara bertahan pula sudah tersingkir dari saingan selepas tewas kepada Atletico Madrid pada ketika saingan yang ditangguhkan bersambung kembali.
“Sukar untuk melakar sejarah dalam masa lapan bulan,” ujar Klopp kepada ZDF di Flick.
It's coming home. ❤️ #Triple #MiaSanMia #MiaSanChampions pic.twitter.com/2qvymtfwja
— CHAMPIONS OF EUROPE 🏆 (@FCBayern) August 24, 2020
“Mereka sangat lengkap. Mereka ada pemain berkelas dunia di setiap posisi pada usia yang sesuai.”
Apa yang dikatakan Klopp mungkin ada asasnya. Bayern Munich dibelasah 5-1 oleh Eintracht Frankfurt dan berada di kedudukan ke-4 pada ketika Flick tiba sebagai pengganti Nico Kovac.
Flick kemudian diberikan peranan secara tetap sebagai pengurus Bayern pada April, dan mengemudi kelan itu muncul juara dalam tiga pertandingan pada musim ini.
Klopp pula hanya meraih kejuaraan Premier League bersama Liverpool – kejuaraan pertama di dalam tempoh 30 tahun – setelah pada musim sebelumnya muncul juara UCL.
Mungkin Klopp tertanya-tanya bagaimana nak jadi juara berganda dan treble, dan bagaimana Flick boleh melakukannya dalam tempoh 8 bulan.