Jurgen Klopp menyatakan mereka kini berada dalam situasi di mana jadual terlalu padat dan menguatkan mereka sukar untuk bermain kesemua perlawanan.
Klopp juga menyatakan, ia menyebabkan Liverpool mungkin akan terpaksa menarik diri daripada Piala Carabao.
Liverpool Menewaskan Arsenal dalam penentuan penalti selepas aksi terikat 5-5 di Anfield.
Divock Origi menyamakan kedudukan pada masa kecederaan 90+4′. Arsenal kecewa gagal untuk mara selepas tinggal beberapa saat sahaja lagi daripada wisel penamat.
Dani Ceballos gagal menyempurnakan penalti yang diselamat oleh penjaga gol ketiga Liverpool iaitu Kelleher.
Unai Emery menyifatkan aksi itu sebagai perlawanan gila dan menghiburkan.
Liverpool akan melalui bulan yang sangat sibuk pada Disember akan datang.
Jurgen Klopp tidak pasti sama ada mereka boleh komited dengan kejohanan seperti Piala Carabao, Piala Kelab Dunia FIFA, EPL dan Liga Juara Juara Eropah pada satu masa yang sama, dengan jadual yang sangat padat.
Liverpool selepas ini akan beraksi dalam saingan Piala Kelab-Kelab Dunia. Dan pada masa yang sama perlu untuk bermain dalam aksi EPL dan Piala Carabao juga UCL.
Liverpool's crazy fixture schedule will see them play a game every three or four days – for seven weeks straight. https://t.co/y6DkcQkgXz
— talkSPORT (@talkSPORT) October 31, 2019
“FIFA sudah memaklumkan kepada kami bahawa kami perlu untuk pergi ke kejohanan Kelab dunia.”
“Premier League pula meminta kami untuk bermain di liga. Itu kami sedia maklum. Dan kami juga akan bermain dengan lawan kami selepas ini dalam saingan Piala Carabao.”
Klopp membidas pengurusan jadual domestik di England. Dan pada masa yang sama merasakan bahawa pasukannya perlu memilih keutamaan.
“Ini bukan masalah kami, ini masalah Premier League. Mereka jelas sekali tak begitu ambil berat akan kejohanan seperti ini (Piala Kelab Dunia FIFA).”
“Kami berharap EFL dan EPL menyusun semula jadual. Ataupun kami terpaksa menarik diri daripada Piala Liga (Carabao).”
“Ramai berpendapat Arsenal berhak menang semalam. Jadi apa salahnya mereka menggantikan kami pada pusingan seterusnya.”
“Rasanya ramai orang EPL dan EFL (yang uruskan jadual) berharap Arsenal akan layak ke pusingan seterusnya. Oleh itu,, kami minta maaf.”
Jürgen Klopp says Liverpool could pull out of Carabao Cup over fixture clashes: 'I think a lot of people from the Premier League were sitting in front of the television hoping that Arsenal can do it. But … I'm sorry!' pic.twitter.com/KrrQTBm5OL
— Guardian sport (@guardian_sport) October 31, 2019
Liverpool diundi berhadapan dengan Aston Villa dalam saingan Piala Carabao peringkat suku akhir.
🔴 Liverpool are unhappy with their winter fixture list
📅 The Premier League leaders play 1⃣ more game than their rivals – but do travel to Qatar
— Sky Sports Premier League (@SkySportsPL) October 31, 2019
Ini bukan pertama kali jadual menjadi isu dalam kalendar di England. Sebelum ini, beberapa tahun yang lalu Sir Alex Ferguson pernah mengkritik isu yang sama apabila jadual domestik tidak memberikan ruang kepada pasukannya dalam aksi Piala Kelab Dunia FIFA.
EPL dan EFL sentiasa ada isu dengan penjadualan liga bola sepak domestik mereka.
Adalah EPL dan EFL akan melakukan sedikit perubahan dalam jadual melibatkan Liverpool selepas ini?
Dec 4: Everton 🇭
Dec 7: Bournemouth 🅰️
Dec 10: Salzburg 🅰️
Dec 14: Watford 🇭
Dec 17/18: EFL Cup
Dec 18: CWC
Dec 21: CWC
Dec 26: Leicester 🅰️
Dec 29: Wolves 🇭
Jan 2: Sheff Utd 🇭
Jan 4: FA Cup
Jan 6/7: EFL CupLiverpool face nightmare fixture pile-up.https://t.co/Ym5L6ihajw
— Standard Sport (@standardsport) October 31, 2019
Dan jika perkara itu tak berlaku, adakah Liverpool akan benar benar menarik diri? Sama sama kita nantikan perkembangan perkara ini selepas ini.