Liverpool telah mengumumkan senarai penuh 23 pemain yang akan turut serta dalam kejohanan Piala Dunia Kelab FIFA.
Ternyata sekali pasukan juara Eropah 6 kali tersebut telah membawa pasukan terkuat mereka untuk ke Qatar.
Ianya berbeza sekali dengan ramalan beberapa media yang meramalkan pasukan bimbingan Jurgen Klopp itu akan membahagikan beberapa pemain senior kepada dua pasukan.
Liverpool berhadapan dengan dilema untuk memilih pasukan utama yang akan beraksi. Ini kerana kekangan isu jadual yang sangat padat sehinggakan ada dua perlawanan berlangsung dalam tempoh 24 jam.
Lalu mereka memutuskan membawa kesemua pemain skuad utama ke Qatar. Paling menarik, beberapa pemain muda termasuk Rhian Brewster, Curtis Jones dan Neco William turut dibawa sekali.
Jadual suku akhir Piala Carabao adalah pada 18 Disember manakala perlawanan pertama di Qatar adalah pada 19 Disember.
Liverpool pernah meminta agar jadual perlawanan domestik itu dipinda kerana mereka perlu bermain di Qatar. Tetapi ianya tidak dilayan.
Malah Klopp pernah membayangkan mereka mungkin terpaksa menarik diri dan meminta agar Arsenal menjadi pengganti.
Sambil Klopp meminta maaf kerana mara selepas menyingkirkan Arsenal. Kerana ia pasti tak digemari ramai pihak yang menyusun jadual.
Lalu Liverpool FC mengeluarkan kenyataan: “Kami boleh mengesahkan bahawa perlawanan suku akhir Piala Carabao berhadapan dengan Aston Villa adalah apda 17 Disember.”
“Oleh yang demikian kami akan memecahkan pasukan kami kepada 2. Pasukan yang pertama akan bermain di Piala Kelab Dunia di Qatar.”
“Dan satu lagi akan bermain dalam Piala Carabao.”
“Kami mahu mengambil kesempatan untuk menegaskan bahawa ini bukan senario yang ideal. Namun ianya terpaksa diambil mengikut keutamaan pertandingan.”
Beberapa hari lalu, Liverpool mengesahkan bahawa pasukan tersebut telah diputuskan. 23 pemain utama Liverpool akan ke Qatar.
Sementara pasukan B-23 akan bermain untuk Piala Carabao. Klopp turut membawa kesemua staf pasukan utamanya.
Ini bermakna pengurus pasukan B-23 Neil Critchley untuk mengambil alih tugasan itu. Ia pastinya detik yang besar kepada Neil Critchley.
Berikut adalah senarai pemain Liverpool yang akan ke Qatar:
Liverpool squad: Alisson, Van Dijk, Wijnaldum, Lovren, Milner, Keita, Firmino, Mane, Salah, Gomez, Adrian, Henderson, Oxlade-Chamberlain, Lallana, Lonergan, Shaqiri, Brewster, Robertson, Origi, Jones, Alexander-Arnold, Elliott, Williams.
Berdasarkan nama di atas, hanya Fabinho dan Joel Matip yang tidak disertakan di dalam senarai kerana kedua duanya cedera.
Caoimhin Kelleher dijangka akan mengetuai pasukan B-23 Liverpool untuk berhadapan dengan Aston Villa. Kelleher merupakan penjaga gol yang membantu Liverpool menyingkirkan Arsenal di peringkat 16 akhir dalam penentuan sepakan penalti.
Liverpool have named a strong squad for the Fifa Club World Cup.
The competition in Qatar clashes with their Carabao Cup quarter-final.
Full Squad: https://t.co/v5OCJbgGgF pic.twitter.com/AfOo1OnoEY
— BBC Sport (@BBCSport) December 5, 2019
Adakah Liverpool B-23 akan mampu menggalas cabaran besar pada kali ini?
Dan adakah pasukan terkuat Liverpool akan berjaya membawa satu lagi piala ke Anfield pada musim ini?