Klopp Akan Pertimbangkan Tawaran Uruskan Jerman

Jurgen Klopp menyatakan beliau memang berminat untuk menjadi pengurus Jerman pada suatu hari nanti.

Klopp ketika ini masih lagi ada kontrak dengan Liverpool. Manakala Jerman pula diuruskan oleh Joachim Low yang akan tamat kontrak pada 2022 nanti.

Dan secara kebetulan kontrak Klopp dengan Liverpool juga akan berakhir pada 2022.

Sejak menyertai Liverpool pada 2015, Klopp telah membawa perubahan yang ketara kepada pasukan Liverpool.

Dan menjadikan Liverpool sebagai salah sebuah pasukan elit Eropah sekali lagi. Di bawah Klopp, Liverpool mara ke 3 final Eropah dan salah satu daripadanya berjaya menjadi Juara UCL.

Ianya disulami dengan kejayaan menjulang Piala Super Eropah pada 2019, menewaskan pasukan Chelsea.

Cuma kini, Klopp masih dahagakan EPL bersama kelab Liverpool. Musim lalu Liverpool tewas di tangan City dengan beza 1 mata.

Bercakap kepada Magenta TV, Klopp menyatakan beliau memang ingin untuk menjadi pengurus Jerman pada suatu hari nanti.

“Saya tidak boleh komen sangat. Saya tak pasti sama ada saya akan menerimanya.”

“Buat masa ini, saya tak terfikir lagi akan perkara itu. Ini kerana saya sangat gembira dengan apa yang sedang saya lakukan sekarang. Itu adalah yang paling penting.”

Klopp menyatakan, beliau hanya akan memikirkan tawaran daripada Jerman (jika) ada, tetapi bukan pada masa ini.

“Saya tidak boleh katakan yang ianya 100% pilihan yang tepat. Ianya persoalan yang sentiasa dibangkitkan dan saya akan mempertimbangkannya. Namun bukan pada masa ini.”

Jurgen Klopp sememangnya sedang menjadi rebutan ramai pihak. Beliau dinobatkan sebagai Jurulatih Terbaik Dunia oleh FIFA.

Klopp juga mendedahkan bahawa majikan lamanya, Borussia Dortmund pernah memintanya untuk kembali. Namun beliau menegaskan beliau masih ada kerja yang perlu diselesaikan di Liverpool.

Dapatkan berita terkini di Telegram kami. Klik butang di bawah.