Kloop Anggap Hansi Flick Lebih Layak Menang Anugerah FIFA Berbanding Dirinya Sendiri

Jurgen Klopp benar-benar terkejut selepas namanya diumumkan sebagai jurulatih terbaik FIFA Best buat tahun kedua berturut-turut.

Pengurus dari Jerman itu turut menyatakan bahawa beliau sama sekali tidak bersedia untuk menerima anugerah tersebut.

Klopp menegaskan bahawa beliau mengenakan pakaian yang kemas dan rapi hanya kerana mahu memberi sokongan dan penghormatan kepada majlis.

Walau bagaimanapun, pengurus Liverpool itu tetap berasa bangga selepas dinobatkan sebagai Jurulatih Lelaki Terbaik FIFA buat kali kedua berturut-turut dan beliau turut menegaskan bahawa kejayaan tersebut bukan miliknya sendiri.

Klopp menyatakan bahawa kejayaan beliau memenangi anugerah tersebut adalah hasil kerja sama dan usaha dari kakitangan serta kesemua pemainnya juga.

Bekas pengurus Borussia Dortmund itu berjaya menewaskan dua pencabar terdekatnya, Marcelo Bielsa dan Hansi Flick.

Klopp dipilih sebagai penerima anugerah tersebut selepas beliau berjaya membawa Liverpool menjuarai saingan Premier League pada musim lalu.

“Saya, saya. Saya tidak menduganya. Dan Virg kemudiannya memberitahu saya bahawa beliau juga terkejut sama seperti saya! Tentunya saya tidak bersedia untuk itu, tetapi saya tetap berterima kasih dan saya berjaya. Terima kasih bagi pihak semua staff kejurulatihan saya.”

“Ianya jelas, tanpa mereka saya tidak akan berada di sini, dan kita tidak akan mendapat kejayaan yang kita ada dan semua perkara itu.”

“Tanpa pemain-pemain ini, perkara ini tidak mungkin berlaku. Arsene Wenger adalah benar ketika beliau mengatakan’ apa yang harus kamu lakukan untuk menjadi jurulatih yang baik? Dia mengatakannnya pada penghujungnya tetapi saya rasa ini juga membantu pada permulaan.”

“Pasukan bertaraf dunia akan membantu! Dan saya memilikinya, terima kasih tuhan. Saya berada di sebuah kelab yang hebat, mendapatkan semua sokongan yang saya perlukan, mempunyai mereka yang hebat di sekeliling saya. Dengan itu, kami datang ke sini, walaupun dalam masa-masa sukar seperti sekarang, setiap hari dengan senyuman yang terukir di wajah kami.”

“Semuanya menjadikannya lebih mudah dan memungkinkan apa jua kemungkinan.”

“Saya sudah mengatakan beberapa kali bahawa saya bukan orang yang paling percaya dalam anugerah individu seperti ini, tetapi dalam masa sama saya belajar bahawa kita hanya mengambilnya untuk kita semua.”

“Kita jelas tidak dapat mengubah dunia, hanya seorang dapat hadiah ini tetapi ianya adalah untuk kita semua dan saya sangat bangga dengan itu.”

“Pada akhir musim yang sangat berjaya, sekarang kita sudah berada di pertengahan musim baru, tetapi untuk musim sebelum ini, ianya adalah musim yang luar biasa untuk kami, tidak ada yang harus memberi kita apa-apa untuk itu, ianya kerana kita sudah menjulang Piala. Piala yang kita semua mahukan dan semua yang lain hanya bonus tambahan.”

“Ya saya dengan Hansi mempunyai hubungan persahabatan yang sudah sangat lama, kami saling kenal antara satu sama lain.”

“Ketika saya menjadi pengurus Mainz, dia adalah pengurus pasukan Hoffenheim dan ketika itu kami tidak bermain dalam saingan Bundesliga.”

“Oleh itu, kami memang mempunyai sejarah yang lama bersama, jika anda mahu tau, saya benar-benar fikir bahawa selepas dia memenangi treble, Piala Jerman, Bundesliga dan Liga Juara-juara, dia akan memenangi anugerah ini.”

“Dia melakukan pekerjaan yang luar biasa. Kami saling berbalas SMS dari dulu, dan Marcelo Bielsa, mungkin merupakan tenaga kerja yang kita semua impikan.”

“Anda mungkin tidak boleh melakukan kerja sebanyak yang dia lakukan. Kami semua duduk di sana dengan pakaian kemas dan Thiago menyatakan bahawa Marcelo sedang memakai baju sukan Leeds, jadi mungkin beliau sedang duduk di pejabat dan menyiapkan perancangan untuk hadapi perlawanan seterusnya.”

“Beliau merupakanPengurus yang berpengaruh selama ini, anda tidak akan pernah cukup untuk memujinya dengan kata-kata atas apa yang pernah dia lakukan dalam bola sepak. Oleh itu, tentu saja saya berasa bangga apabila nama saya diletakkan sebaris dengan mereka semua. Apa lagi saya memenangi anugerah tersebut.”

Klopp jelas gembira dengan kejayaan beliau memenangi anugerah tersebut namun dalam masa sama, beliau juga benar-benar memaksudkan bahawa beliau tidak menduga akan memenanginya sekali lagi kali ini.

Dan beliau juga benar-benar memaksudkan bahawa Hansi Flick sememangnya lebih layak untuk menerima anugerah tersebut berbanding dirinya.

Dapatkan berita terkini di Telegram kami. Klik butang di bawah.