Kisah Kleberson Sertai Man United Kerana Di’scam’ Ronaldinho

Bekas pemain Manchester United dan pemain kebangsaan Brazil iaitu Kleberson menceritakan kisah yang ramai tak tahu tentang perpindahannya ke kelab England itu.

Beliau mendedahkan bahawa, sebenarnya menyertai Manchester United selepas tertipu dengan gurauan kasar Ronaldinho yang berjanji akan menyertai Man United.

Kedua dua pemain sebenarnya menjadi sasaran utama Manchester United selepas bermain bersama dengan pasukan yang menjuarai Piala Dunia 2002 iaitu pasukan kebangsaan Brazil.

Ronaldinho dan Kleberson telah berjanji akan bersama sama bermain di England dengan kelab nombor satu di bandar Manchester itu.

Malang sekali, cuma Kleberson sahaja yang menyertai Man United pada 2002 dengan nilai £6.5 juta dari Atlético Paranaense. Beliau diumumkan dalam majlis yang ringkas dan meriah.

Tumpuan juga ke arah Cristiano Ronaldo yang diumumkan bersama dengan beliau. Anda bayangkan kalau Ronaldinho jadi menyertai Man United ketika itu?

Kleberson kemudiannya mendedahkan bahawa Ronaldinho sangat hampir untuk menyertai Man United. Namun tiba tiba beliau pergi menyertai Barcelona pada saat saat akhir. Dan tanpa memberitahunya akan perkara itu.

Kleberson berkata:

“Masa tu ada dua kelab yang mahukan saya iaitu Manchester United dan Leeds. Namun ianya pilihan mudah untuk memilih Manchester United apabila saya tahu mereka secara rasmi mahukan saya.”

“Ketika itu saya bersama pasukan kebangsaan Brazil bermain Piala Konfederasi.”

“Saya masih ingat dengan jelas. Ketika itu saya bersama dengan Ronaldinho yang ditemani abang beliau yang juga merangkap ejen beliau.”

“Man United mahu menandatangani kami berdua.”

“Ok, saya kata, ayuh kita ke Man United. Dia pun setuju berkata ‘ayuh’. Saya sangat teruja apabila beliau memberitahu saya dia akan menandatangani kontrak bersama Man United.”

“Namun selepas saya menandatangani kontrak itu baru saya tahu saya tertipu. Rupa rupanya Ronaldinho selepas itu bermain di Barcelona. Dan beliau telah menghantar saya ke Manchester dengan gurauan(prank).”

“Benda ni masih menjadi lawak jenaka di antara kami berdua sehingga ke hari ini. Dia masih berhutang dengan saya.”

Berbeza dengan karier Ronaldinho yang semakin gemilang, selepas menyertai Manchester United, Kleberson tidak begitu menjadi.

Beliau cuma bermain 20 penampilan di bawah Sir Alex Ferguson. Dan dijual ke Besiktas pada 2005. Gagal menjadi pemain utama dalam pasukan dan menjadi liabiliti kepada pasukan.

Kleberson mengesahkan Ronaldinho hanya 48 jam sahaja dipisahkan daripada menyarung jersi Manchester United.

Namun perpindahan itu disailang oleh Sandro Rosell, presiden Barcelona ketika itu berjanji menjadikan pemain itu sebagai bintang utama Barcelona.

Ketika bersama Barcelona, Ronaldinho menjadi nadi penting pembentukan era baharu Barcelona.

Beliau menjadi legenda yang memenangi kesemua piala dalam kariernya bersama dengan Barcelona.

Kleberson pula merudum dan akhirnya menjadi bakat yang dilupakan. Manchester United terus meniti era gemilang bersama dengan Sir Alex. Tetapi malang untuk Kleberson yang gagal menempatkan diri di kalangan legenda Man United.

Dapatkan berita terkini di Telegram kami. Klik butang di bawah.