Bruno Fernandes merupakan bakat yang menjadi rebutan ramai. Beliau merupakan pemain tengah yang prolifik.
Musim 2018/19, Bruno Fernandes menjaringkan 20 gol liga musim lalu. Menjadikan beliau pemain tengah paling banyak gol di kalangan kesemua pemain di liga-liga Eropah lain.
[BRUNO FERNANDES 18/19 STATS]
Liga NOS:
Played 33
Goals 20
Assists 13Min. per goal 147
All comps:
Played 53
Goals 32
Assists 18What do United fans think about this potential transfer?#mufc #fernandes pic.twitter.com/9alkHsVxfP
— #TheHomeOfFootball (@THOF_) July 30, 2019
Dan itulah juga sebabnya beliau menjadi sasaran kelab besar seperti Manchester United dan Real Madrid.
Malah musim ini Bruno Fernandes sudah mulai menunjukkan taringnya seperti yang beliau lakukan musim lalu.
Bruno Fernandes: No player has had a direct hand in more goals than Fernandes (5 — 1 goal, 4 assists) in Liga NOS this season
For more player stats — https://t.co/h663fJSdIA pic.twitter.com/QoOVqpWwhx
— WhoScored.com (@WhoScored) August 28, 2019
Selain daripada pasukan-pasukan di atas, Tottenham juga menunjukkan minat mereka ke atas Bruno Fernandes.
Spurs yang gagal mendapatkan Phillipe Coutinho telah mengalihkan perhatian mereka mendapatkan Bruno Fernandes.
Kelab dari Portugal itu meminta sekurang-kurangnya €60 juta untuk pemain tersebut.
Spurs dengan yakinnya menawarkan pakej €65 juta kepada Sporting Lisbon. Namun tawaran Spurs itu ditolak terus oleh Sporting Lisbon.
Kenapa? Bukankah ia lebih tinggi daripada tanda harga diletakkan?
Sebenarnya Spurs telah memasukkan klausa yang dianggap tidak masuk akal oleh Sporting Lisbon.
Spurs menawarkan bayaran asas €45 juta + klausa bonus €20 juta.
Klausa bonus itu akan dibayar jika Spurs menjuarai EPL ataupun UCL dalam tempoh kontrak penggal pertama Bruno Fernandes.
Perkara itu membuatkan Sporting Lisbon terus menganggap ianya perkara mustahil, walaupun kelab Utara London itu pernah mara sehingga ke final UCL musim 2018/19.
Klausa itu yang menghalang Bruno Fernandes melakukan perpindahan sensasi ke Spurs. Lebih membuatkan penyokong pasrah apabila Bruno sendiri mengakui beliau sudah setuju dengan terma peribadi yang ditawarkan.
💬 Sporting Lisbon's President:
"To buy Bruno Fernandes, Tottenham offered €45m + €20M in clauses. One of them clauses was Spurs to win the Champions League or the Premier League, something that has never happened."
😂 Shots absolutely fired. pic.twitter.com/XXv445dkhv
— Oddschanger (@Oddschanger) September 5, 2019
Jika tidak kerana Daniel Levy yang terlalu ‘bijak’ memasukkan klausa yang nilanya €20 juta itu, pastinya hari ini beliau sudah berlari-lari di atas padang dengan jersi putih.
Sporting Lisbon's Bruno Fernandes reveals he agreed Tottenham Hotspur deal https://t.co/5QKmCgNfvG #halamadrid #rmcf
— Sports Mole Madrid (@SMRealMadrid) August 31, 2019
Bruno Fernandes merupakan pemain yang dirasakan oleh Mauricio Pochettino sebagai pengganti yang ideal untuk Christian Eriksen,