Apabila disebut air minuman tenaga, sudah pastinya terus terlintas air 100 plus di kepala kita. Selain itu, kita juga akan teringat Livita, Red Bulls. Namun Red Bulls telah diharamkan oleh World Anti Doping Agency pada 2004.
Berbalik kepada sejarah penciptaannya. Pernahkah kita terfikir siapakah yang mencipta air minuman tenaga ini?
Seorang ahli kimia dari United Kingdom, atau lebih tepat, dari Newcastle, bernama William Owen adalah manusia yang bertanggunjawab mencipta air minuman tenaga.
Segalanya bermula pada 1927, apabila William telah melakukan satu eksperimen untuk menghasilkan satu minuman yang berkalori dan ada mengandungi tenaga.
William mahu mencipta minuman ini untuk orang yang sakit di hospital. Eksperimen beliau membawa kepada air minuman tenaga yang berglukosa.
Pada awalnya, William menamakan minuman ini Glucozade. Ianya campuran air dan glukosa. Namun begitu, pada 1929, beliau telah menukar nama minuman ini kepada Lucozade.
William kemudiannya telah menjual jenama Lucozade kepada Kumpulan Perusahaan Beecham pada 1938.
Pada awal 1950-an, minuman Lucozade menjadi produk yang memberikan keuntungan lebih 50% kepada syarikat Beecham. Ia telah menjadi minuman pilihan pelawat hospital di UK untuk diberikan kepada pesakit.
Hospital-hospital juga menerima baik produk ini yang disenaraikan sebagai produk kesihatan ketika itu.
Meluaskan Perniagaan
Pada 1953, mereka membuka kilang lebih besar untuk menghasilkan lebih banyak Lucozade di Brentford, England. Lucozade kemudiannya dijual sama ada dalam bentuk botol ataupun bungkusan cellophane sehingga 1983.
Pada tahun inilah Lucozade telah menukar kelompok sasaran mereka daripada khas untuk orang sakit sahaja kepada orang awam juga.
Ianya mulai disebut minuman tenaga. Slogan “Lucozade aids recovery” ditukar dengan “Lucozade replaces lost energy”.
Satu papan tanda ikonik terpampang di Brentford. Kini ia telah dipindahkan ke Muzium Gunnersbury. Pada asalnya minuman ini hanya terdiri daripada 1 jenis sahaja.
Namun selepas itu, ada minuman yang dihasilkan dengan asid sitrik yang manis dengan pelbagai. Untuk menjimatkan kos, botol kaca digantikan dengan boltol plastik.
Selepas penjenamaan semula dan promosi besar-besaran ini, pada penggal jualan 1984-1989 mereka mengaut keuntungan hampir £75 juta. Angka keuntungan lebih 3 kali ganda daripada penggal sebelumnya.
Beecham kemudiannya bergabung dengan SmithKline pada 1989. Mereka meluaskan lagi perniagaan mereka.
Pada 2013, Lucozade dan Ribena disenari jual oleh pemilik mereka. Dan akhirnya hari ini Lucozade dan Ribena dimiliki oleh Suntory, sebuah syarikat dari Japanese.
Kajian Keberkesanan
Terdapat kontroversi di sebalik keberkesanana minunam tenaga ini kepada penggunanya terutama atlet.
Matthew Thompson dan rakan-rakannya dari Oxford Centre telah melakukan analisis tentang bukti keberkesanan minuman tenaga ini.
Daripada 431 ujian saintifik dijalankan ke atas pelabagi jenis minuman tenaga. 174 daripadanya adalah sampel daripada Lucozade. Mereka mendapati kebanyakan keputusan adalah negatif.
Thompson menyatakan yang prestasi atlet banyak dibantu oleh cara hidup mereka, gym, senaman dan latihan berbanding dengan air minuman tenaga.
Lalu Thompson melabel air-air minuman tenaga ini adalah minuman ringan yang boleh mengundang mudarat kepada atlet.
Beberapa bandar di England mulai melaksanakan kempen untuk memboikot minuman ringan yang tinggi kandungan gula dan bergas.
Lucozade mendapat tekanan apabila produk mereka mengandugi 62gm dalam setaiap 500ml. Ianya lebih tinggi daripada Coca Cola yang mengandungi 54gm gula daripada 500ml.
Di hospital, Lucozade mulai disenarai sebagai minuman ringan dan dilarang untuk diminum oleh ramai pesakit.
Namun ianya menjadi minuman yang direkomendasi oleh doktor untuk pesakit yang kurang gula dalam darah ataupun hypoglycemia.
Lucozade akhirnya mengambil langkah untuk mengurangkan gula di dalam produk mereka dan melakukan beberapa formula untuk menghasilkan produk minuman tenaga yang sebenar.
Hari ini, Lucozade antara minuman tenaga yang paling rendah kandungan gula sehingga 50% daripada yang sebelum ini.
Mereka turut terlibat di dalam kempen pencegahan kencing manis. Ironi betul! Hari ini, Lucozade menjadi antara minuman tenaga yang paling popular.
Mereka menjadi penaja rasmi dalam banyak acara dan pasukan terutama sekali di England