Pemain bola sepak dan mana-mana atlet sentiasa diingatkan untuk berkelakukan senonoh di depan tv. Ini kerana mereka secara tidak langsung terlibat dalam dunia penyiaran yang menjadi tontonan ramai.
Pada 2011, ada satu insiden melibatkan Wayne Rooney, di mana pemain handalan Manchester United itu (kini bersama Everton) telah mencarut di hadapan tv.
Ramai yang kecewa dengan aksi yang ditunjukkan oleh salah seorang pemain penting untuk England dan dianggap sebagai bintang dalam bola sepak dunia. Rooney kelihatan mengucapkan carutan ini ala-ala Robert De Niro di dalam filem
“F**cking What? F**ck off!”
Kejadian itu berlaku dalam perlawanan liga, Manchester United menentang West Ham United pada April 2011. United menang 4-2 di dalam perlawanan. Rooney turut melakukan hat trick di dalam perlawanan tersebut.
Hanya kerana 2 baris ayat itu, Rooney dikenakan penggantungan 2 perlawanan dan tidak boleh beraksi dalam perlawanan BPL menentang Fulham dan juga separuh akhir Piala FA menentang Manchester City.
FA mengenakan tindakan atas kesalahan menggunakan kata kata kesat ataupun penghinaan dan aksi beliau dirakan di oleh TV.
FA tahu ramai pemain yang kerap mencarut di dalam tv, namun jika kesalahan itu terang-terang dan dirakam oleh kamera, tindakan akand diambil. Ini kerana audien untuk bola sepak adalah umum dan ramai kanak-kanak yang menyaksikannya.
Kelakuan Rooney itu mendapat perhatian seluruh dunia. Pengurus Spurs ketika itu, iaitu Harry Redknapp melabel Rooney sebagai ‘budak bodoh’ dengan tindakan seperti itu.
Rooney bengang dengan kritikan daripada penyokong kepada beliau terutama sekali daripada penyokong England dan juga segelintir penyokong Manchester United.
Rooney Menyesal
Rooney mengakui bersalah di atas perbuatannya itu. Beliau menyesalinya dan kesal kerana melanggar piagam RESPECT yang menjadi panduan kesemua pemain dan jurulatih dalam bola sepak.
Rooney memberitahu, emosi menguasai dirinya. Dia menerima hukuman dan menjadikan dirinya pemain pertama digantung perlawanan kerana mencarut di depan tv dan dibuktikan menerusi rakaman kamera Sky.
Wayne Rooney berjanji tidak akan mengulangi kesalahan itu lagi. Sir Alex Ferguson enggan memberikan komen tentang insiden itu kerana dia sendiri sebelum itu sudah digantung perlawanan oleh FA England.
Sir Alex Ferguson memberitahu, beliau enggan mengeruhkan hubungan beliau dengan FA England. Harry Redknapp kehairanan dengan tindakan Rooney. Pemain profesional yang koyak melayan emosi kerana dikritik penyokong.
“Kenapa dia marah sangat? Saya tak pernah mendengar Bobby Charlton mencarut seperti itu selepas menjaringka gol daripada jarak 25 meter. Ataupun Jimmy Greaves bila dia menjaringkan gol.”
“Kenapa pemain-pemain ini marah sangat? Mereka mendapat gaju ratusan ribu untuk bermain bola sepak. Saya hormati dia sebagai pemain bola sepak, tetapi apa yang beliau lakukan tadi adalah perangai budak bodoh. Dia tak sepatutnya melakukannya.”
Pada Piala Dunia Afrika sebelum itu, Rooney juga mencarut di depan tv selepas seri tanpa jaringan dengan Algeria.
Beliau terus meminta maaf kepada umum selepas insiden itu dan menyatakan dirinya dalam keadaan tertekan dan tidak sedar akan apa yang diucapkannya.
FA England tegas dalam kelakuan pemain, dan jurulatih. Hukuman seperti itu hanya akan merugikan pasukan kerana ini berlaku tanpa ada kaitan dengan bola sepak.