Kisah Underdog Luar Biasa Ketika Holly Holm Menumpaskan Ronda Rousey

Holly Holm adalah salah satu nama yang pernah menggemparkan dunia sukan. Ini selepas beliau berjaya menewaskan jaguh UFC Ronda Rousey dengan status underdog.

Holly Holm adalah seorang petinju wanita profesional. Berketinggian 5 kaki dan 8 ini. Beliau dilahirkan di New Mexico pada Oktober 1981.

Diberikan gelaran The Preacher’s Daughter kerana ayahnya adalah pengkhutbah gereja. Jadi segala tutur katanya sangat lembut dan tidak pernah mencarut seperti mana petinju lain.

Ketika usia remajanya, Holly Holms adalah atlet sekolah dalam acara bola sepak dan gimnastik. Selepas itu, beliau mencuba sukan renang dan terjun. Karier tinju beliau bermula agak lewat jika dibandingkan dengan atlet hebat yang lain.

Jurulatih kelas aerobik, Mike Winklejohn melihat fizikalnya terlalu kuat dan mencadangkan Holm untuk menceburi sukan lebih fizikal iaitu tinju. Ketika itu Holm baru berusia 17 tahun.

Di situlah dia mulai terjun ke sukan tinju. Pada awalnya, Holm sangat takut dengan ‘ring’. Holm kemudian memberitahu, sukan tinju ini akan jadi sukar jika anda fikir ianya sukar.

Winklejohn menjadi jurulatih Holm dan memperbaiki aspek tumbukan Holm. Holm ada masalah dengan gugup ketika berhadapan dengan lawan yang dianggap berpengalaman.

Pada usianya 20 tahun, Holly Holm telah memenangi kejuaraan Welterweight Division dan juga International Kickboxing Federation.

Rekod kickboxing Holm agak baik iaitu pada kedudukan 6-0-2. Holm dibesarkan dalam keluarga yang kuat pegangan agama dan spiritual. Holm ada 2 orang abang iaitu Brian and Weston Holm.

Pada tahun 2011, Holly Holm menyertai sukan tempur yang lain. Namun pada Disember tahun yang sama, Holly bertemu dengan Anne Sophie Mathis. Perlawanan yang menawarkan tali pinggang WBAN welterweight. Tetapi Holm dibelasah teruk ketika itu.

Pada Jun 2012, Holm berjaya menang ke atas Anne Sophie dalam perlawanan ulangan. Dan menjadi juara baru WBAN welterweight.

Pada 2013, Holm bertemu dengan Allana Jones untuk Legacy Championship dan beliau menang lagi. 2 perlawanan tinju berikutnya, Holm cemerlang menewaskan Niki Knudsen and Angela Hayes.

Dalam perlawanan berikutnya, Holm menwasakan Juliana Werner. Satu perkara yang menarik dalam perlawanan ini, Holm menamatkan pertarungan dengan tangan kirinya patah.

Ultimate Fighting Championship (UFC)

Selepas itu, Holm memutuskan untuk menyertai sukan tempur UFC pada 2014. Sesuatu yang agak mengejutkan kerana ianya sukan yang agak berbeza dengan tinju.

Tetapi Holm yakin dia akan menjadi petinju UFC yang baik kerana dia ada sejarah menyertai sukan kickboxing satu ketika dahulu.

Holm bersetuju dengan 5 pertarungan pertama yang telah diatur untuk beliau. Dalam perlawanan pertama, Holm dijadualkan bertemu Raquel Pennington dalam pertarungan UFC 81.

Pertarungan itu ditangguhkan kerana Holm mengalami kecederaan. Selepas itu Holm vs Pennington diadakan tidak lama selepas itu dalam UFC 84. Holm menang dengan split decision daripada juri.

Terus mengorak langkah, Holm kemudian menang ke atas Marion Reneau dalam UFC71.

Holm cemerlang dengan 7 pertarungan awal beliau kesemuanya dengan kemenangan. 6 daripadanya adalah dengan KO.

Pertarungan U193

Perlawanan seterusnya adalah, beliau bertemu dengan juara dunia bantamweight, Ronda Rousey dalam pertarungan UFC 193 pada November 2015 di Australia. Ia mencatatkan rekod kehadiran tertinggi dengan 56,214  penonton.

Pertarungan yang akan mengubah hidupnya dan sejarah MMA. Ramai yang menganggap Rousey hanya akan makan angin untuk pertarungan ini. Ronda Rousey adalah pemegang kejuaraan itu untuk 3 tahun.

“Saya telah menjadi underdog terlalu banyak kali dalam hidup saya. Tak apa, saya OK!”

“Saya berlatih setiap hari dan mengadakan sparring dengan rakan-rakan saya yang hebat di gym. Dalam hidup saya, setiap hari adalah ujian dan saya tiada masalah untuk hidup dengannya. Dan tiada masalah menjadi underdog.”

“Ramai petinju wanita lain meletakkan wanita ini (Ronda) terlalu tinggi di mata mereka sehinggakan mereka lupa akan tujuan mereka berada dalam pertarungan.”

“Saya di sini membawa tujuan itu, sebab saya tahu saya ada kemampuan dan kebolehan untuk menang.”

Holm berhadapan dengan petinju UFC yang dianggap paling berbakat dan berpengaruh dalam generasi beliau iatu Ronda Rousey. Rousey memiliki rekod yang sangat baik.

Namun siapa sangka beliau bertarung dengan sangat baik. Membuatkan Ronda Rousey hilang tumpuan dengan aksi bertenaga.

Masuk pusingan kedua.  Holm melakukan tendangan ke arah kepala diikuti dengan beberapa tindakan susulan. Rousey rebah KO ketika pusingan kedua baru berlangsung 59 saat.

https://www.youtube.com/watch?v=a5S9XwBqj9M

Holm berjaya mencipta kemenangan yang paling mengejutkan bukan sahaja dalam sukan UFC malah dalam arena sukan dunia.  Holm diletakkan dengan status underdog 16-1.

Dia masuk ke octagon dengan karakter yang sangat hebat.  Akhirnya, wanita soft spoken yang telah menyertai banyak sekali sukan tempur berbeza dalam karier diberikan lilitan juara dunia bantamweight UFC.

Media mulai menjadikan Holm tumpuan. Jika sebelum ini daripada 10 media, 9 akan menulis pasa Rousey. Kali ini ia sebaliknya.

Kejayaan itu tidak akan membuatkan Holm lupa akan asal usulnya. Dia tetap seorang yang kuat agama, membawa naskah ‘bible’ ke sana sini.

“Saya sudah biasa melakukan banyak kerja dalam hidup, kadangkala saya menjahit, kadangkala saya mengapak kayu api, kadangkala saya mengecat.”

“Saya sentiasa berbangga dengan jati diri saya berasal daripada Albuquerque, New Mexico. Saya besar di sana dan ramai kawan serta saudara-mara. Keluarga saya juga ada di sana.”

“Sebelum berlatih saya suka bertemu dahulu dengan rakan-rakan saya dan minum kopi, bercakap pasa apa sahajalah.”

Holm masih lagi berlatih dengan Mike Winklejohn yang sudah menubuhkan Jackson-Winkeljohn MMA di Albuquerque.

“Menjadi juara dunia yang dilahirkan dari kem latihan Jackson-Winkeljohn MMA, adalah satu-satunya pertarungan yang paling besar dalam hidup saya.”

“Walaupun ianya tidaklah besar tetapi saya ada rakan-rakan yang berbakat di sana yang membantu saya setiap hari.”

Itulah kisah seorang atlet yang pernah menggemparkan sukan dunia. Holm menewaskan petinju hebat UFC, Ronda Rousey yang sebelum itu menikmati 12 kemenangan berturut-turut.

“Setiap fighter ada tabiat mereka sendiri. Saya tidak kisah siapa anda, anda ada cara berlawan sendiri, dan setiap serangan dan pertahanan itu ada ruang untuk dibalas balik (counter). Saya sudah menggambarkan detik yang sesuai untuk saya melancarkan head kick itu.”

“Saya tetap diri saya, saya tidak  mungkin akan menjadi Rousey tetapi saya bangga dengan diri saya sendiri.”

“Saya harap selepas ini makin ramai anda di luar sana keluar untuk menunjukkan potensi anda dalam sukan. Saya bukan masuk ke gelanggang dan memikirkan, saya mahukan cek bayaran, saya hanya masuk ke sana dengan fikiran, saya mahu berlawan.”

“Nikmat kejayaan itu tidak ternilai. Anda tidak mampu membayarnya dengan duit.”

Holm menjadi petinju pertama memenangi kejuaraan dunia dalam acara tinju dan MMA. Berikut adalah koleksi kejayaan beliau:

  • Bantamweight Champion
  • GBU World Welterweight Championship
  • WIBA World Light Welterweight Championship
  • IBA Female World Welterweight Championship
  • Legacy FC Women’s Bantamweight Championship

Detik dan keraian ini! Pastinya tidak akan pernah padam dalam ingatan Holm dan kita semua.

 

 

 

Dapatkan berita terkini di Telegram kami. Klik butang di bawah.