Sejak Erling Braut Haaland mengegarkan bola sepak Eropah dengan ketajmannya di hadapan gol pada musim ini, satu persatu kisah kejayaan pemain ini dikongsi oleh pelbagai pihak.
Selain ayah dan bekas jurulatih, turut tidak ketinggalan adalah rakan sepasukan Haaland di Molde.
Pendedahan terbaru adalah mengenai perubahan fizikal Erling Haaland daripada seorang budak kurus yang dianggap sekadar akan bermain di Norway, sehingga menjadi pemain bersaiz gergasi yang menjadi bintang eropah.
Bekas rakan sepasukan di Molde, Ruben Gabrielsen mendedahkan pada satu ketika Haaland mengalami kecederaan yang menyebabkan pemain itu terpaksa disisihkan agak lama.
Penyerang itu kemudiannya kembali ke Molde menjadi pemain yang amat berlainan secara fizikal.
Haaland menjadi lebih kuat dan lasak serta memiliki fizikal yang lebih tegap dan besar.
Gabrielsen turut berkongsi bagaimana perubahan tersebut mengubah kemampuan pemain itu ketika latihan dan dalam perlawanan.
With Jadon Sancho recently turning 20, Erling Haaland is now the top scoring teenager across Europe's top five leagues this season with 9 goals.
He has played *8* games in a top five league. 🤯 pic.twitter.com/a5H15p8zVQ
— Statman Dave (@StatmanDave) April 12, 2020
“Pertama kali tiba di kelab [Molde], beliau [Haaland] adalah pemain yang berbadan kecil dan kurus…secara jujurnya beliau bukannya bagus sangat,” kata pemain pertahanan itu.
“Pada ketika itu saya berfikir…’ya, di Norway bolehlah dia bermain.’
“Kemudian Haaland terpaksa disisihkan agak lama akibat kecederaan. Ia menyebabkan kami tidak berjumpa dengan dia dlam tempoh agak lama.
“Dan apabila beliau kembali, saiz badannya amat besar. Beliau ibarat ‘haiwan’ yang berlainan!
💬 Erling Haaland has paid credit to Solskjaer's coaching:
"He has taught me a lot to be calm, and also be on your toes and come to those situations where the ball is coming." pic.twitter.com/H7j4vsaiMz
— United News Hub (@UnitedNewsHub) April 8, 2020
“Ketika latihan beliau mulai menunjukkan belangnya menewaskan semua orang… kami hanya mampu ketawa dan saya berfikir, ‘Siapa sebenarnya dia ini?’ Dan sejak daripada itu peningkatan beliau amat ketara dan pantas sekali ke hadapan.
Gabrielsen juga mendedahkan bagaimana Haaland kekal prolifik ketika perlawanan walaupun selepas melalui sesi latihan yang kurang baik selama seminggu.
Erling Haaland Went De A 'Small Guy' 'Big As F ** k' Au cours de la transformation remarquable du corps #SocialMedia #Football #Footify https://t.co/ZdMvQDkJ0j pic.twitter.com/0yxCxH8r7n
— Footify.fr (@FootifyF) April 12, 2020
“Bersama Halaand, apabila kami bersama-sama bermain di Norway, beliau pernah gagal menjaringkan gol sepanjang minggu dalam latihan sehingga sebelum perlawanan.
“Kami semua hanya akan ketawakan dia!
“Dan tiba-tiba beliau berada diletakkan dalam kesebelasan utama dan saya berfikir, ‘Ini tak boleh jadi… bagaimana kami mahu bermain dengan pemain ini!?’
🗣️ Erling Haaland in an interview with @FourFourTwo: “I am addicted to scoring goals. Winning the Champions League with Borussia Dortmund would be a dream.”
On being the best striker in the world: "Someday, of course. It would be nice, wouldn't it?”. pic.twitter.com/kCKTZaETgP
— FIG2 Football (@FIG2football) April 11, 2020
“Dan selepas 20 minit perlawanan beliau telah menjaringkan empat gol. Dan selepas itu segala-galanya hanya peningkatan buat Haaland.
“Tetapi saya berpendapat semua itu kerana beliau belajar sesuatu yang penting ketika keadaan sukar, iaitu untuk bekerja lebih keras. Dan sebagai pemain muda, mereka harus ada keinginan sebegitu.”
Haaland berhijrah ke RB Salzburg daripada Molde sebelum melengkapkan perpindahan ke Borussia Dortmund pada Januari lepas, di mana beliau boleh meneruskan peningkatan prestasi.
Sehingga kini, Haaland telah menjaringkan 12 gol dari 11 perlawanan dalam semua pertandingan sejak perpindahan pada Januari lalu.