Kisah Sebalik Keraian Gol Mane Ketika Menentang Palace Sungguh Berinspirasi

Sadio Mane sememangnya mempunyai kemuliaan hati yang cukup luar biasa, beliau antara ikon muslim yang sungguh membanggakan.

Semua sedia maklum bagaimana mulianya beliau dalam membantu warga kampungnya di Bambali, Senegal.

Dalam aksi perlawanan antara Liverpool bertemu Crystal Palace semalam, Sadio Mane sekali lagi menunjukkan kemuliaan dan sikap terpujinya ketika meraikan gol.

Mengapa keraian gol itu dianggap sebagai sesuatu yang mulia? Begini ceritanya.

Mane menjaringkan gol kedua yang cukup cantik untuk Liverpool ketika dalam aksi kemenangan 7-0 mereka menewaskan Crystal Palace.

Selepas menjaringkan gol yang mengagumkan itu, Mane meraikan jaringan tersebut dengan mencium jarinya lalu memberi isyarat menunjuk ke udara.

Keraian itu sebenarnya Mane lakukan atas permintaan salah seorang peminat Liverpool yang istimewa kerana kekurangan upaya.

Lihat video yang mengharukan ini, di mana, Mane meminta peminat tersebut untuk mencadangkan kepadanya keraian bagaimana yang perlu beliau lakukan andai beliau berjaya menjaringkan gol.

Peminat tersebut menunjukkan gaya yang beliau mahu Mane lakukan dan mendedikasikan keraian tersebut untuk Datuknya.

Mane sememangnya pemain yang paling disenangi oleh para peminat, beliau sentiasa berusaha untuk membuat para peminatnya gembira.

Liverpool terlebih dahulu membuka tirai jaringan seawal minit ke-3 permainan menerusi Takumi Minamino hasil umpanan cantik dari Sadio Mane.

Pada minit ke-35, giliran Mane pula mencatat nama sebagai penjaring gol dengan menjaringkan gol yang sungguh cantik untuk Liverpool mendahului perlawanan dengan keputusan 2-0.

Sebelum tamat babak pertama permainan, Roberto Firmino cemerlang menjaringkan gol hasil hantaran kemas dari Andrew Robertson.

Masuk babak kedua perlawanan, Jordan Henderson menjaringkan gol keempat untuk the reds selepas menerima bola umpanan dari Trent Alexander Arnold.

Firmino sekali lagi membuktikan bahawa beliau masih penyerang berbisa selepas cemerlang menjaringkan gol kedua peribadinya pada minit ke-68, seterusnya menjadikan kedudukan 5-0.

Mo Salah yang baru saja dibawa masuk ketika itu cemerlang menjaringkan dua gol pada minit ke-81 dan 84 seterusnya membantu Liverpool memenangi perlawanan tersebut dengan keputusan 7-0.

Liverpool kini berada di puncak saingan liga selepas berjaya mengumpul 31 mata dari 14 perlawanan.

Dapatkan berita terkini di Telegram kami. Klik butang di bawah.