Kisah Petinju Mahsyur Bernama Muhammad Ali

Leo Maestro 2 tahun yang lalu

Muhammad Ali antara petinju terbaik dalam sejarah sukan tinju dunia. Beliau menjadi idola ramai. Beliau lahir di Kentucky pada 1942 dengan nama Cassius Clay.

Beliau memang seorang kanak-kanak yang  berani. Beliau membesar di penempatan yang penuh dengan prejudis perkauman serta diskriminasi.

Beliau kemudia memutuskan untuk menyertai sukan tinju pada usia 12 tahun untuk mengubah nasib keluarga beliau. Pada masa yang sama Ali mahu menentang sesiapa sahaja yang mahu membulinya.

Pegawai polis bernama Joe Martin yang melihat kekuatan luar biasa ada ada Ali. Martin memberitahu Ali:

“Adalah lebih baik anda berlatih bertarung dahulu sebelum nak keluar menentang orang lain.”

Martin adalah pegawai polis yang juga merupakan jurulatih tinju bagi kanak-kanak dan remaja di sebuah gym berdekatan. Ali mulai berlatih dengan Martin dan memulakan karier tinju beliau.

Foto – Wilky

Ali mulai meletakkan fokus yang serius kepada sukan tinju dan memenangi beberapa kejohanan amatur. Pada 1956 Ali menerima Anugerah Sarung Tangan Emas kerana bakat yang ada padanya.

Ali kemudian dipanggil untuk menyertai skuad tinju olimpik Amerika Syarikat. Pada Sukan Olimpik Rom, 1960 Ali memenangi emas Olimpik.

Foto – Olympic

Menawan Dunia

Pada 1963. Ali berjaya menewaskan Cooper dan menjadi juara dunia kategori heavyweight. Muhammad Ali kemudian menggelarkan dirinya ‘the greatest’, panggilan yang terus menjadi sinonim dengan beliau.

Muhammad Ali dan The Beatles

Satu lagi motto yang suka digunakan oleh Muhammad Ali ketika ditanya wartawan adalah:

“Float like a butterfly, sting like a bee”

Memeluk Islam

Kejayaan kian datang kepada beliau. Lelaki bernama Cassius Clay ini memutuskan untuk mencari ketenangan secara spiritual.

Beliau akhirnya berjumpa dengan sekelompok orang Muslim berkulit hitam di Amerika pada 1964. Ali mulai menyerahkan jiwanya untuk agama Islam secara perlahan-lahan. Awalnya Cassius Clay menukarkan namanya kepada Cassius X.

Pada 1967 Cassius X dipanggil untuk menyertai latihan ketenteraan. Namun Cassius X menolak kerana sedang mendalami Islam dan agama tersebut melarang umatnya membunuh.

Cassius X mengkritik secara terbuka perang ke atas Vietnam. Ini yang menyebabkan Cassius X ditangkap kerana ingkar arahan kerajaan serta dituduh menanam anasir tidak sihat di dalam ceramahnya.

Keraajan mahu menarik balik kejuaraan dunia beliau serta membekukan lesen tinju profesionalnya.

Dia didakwa di mahkamah dan dikenakan pertuduhan ingkar arahan untuk menyertai latihan ketenteraan (khidmat negara). Cassius X didapati bersalah dan dihukum menjalani khidmat masyarakat serta penjara 5 tahun bermula 5 Jun 1967.

Namun begitu beliau berjaya mencabar pertuduhan itu di mahkamah agung dan akhirnya bebas daripada pertuduhan. Banyak kejohanan utama beliau tidak sertai dalam tempoh hampir 3 tahun kerana lesen tinju beliau dibekukan.

Selepas beliau semakin dekat dengan Islam dan mendalami agama Islam, Cassius Clay membuat kenyataan umum yang beliau adalah seorang Muslim pada 1970. Cassius X menukarkan namanya menjadi Muhammad Ali.

Ali, Frazier Dan Foreman

Beliau mengumumkan akan kembali ke gelanggang tinju dengan nama ‘barunya’ itu. Perlawanan pertama beliau selepas ‘comeback’ tersebut adalah menentang Jerry Quarry. Ali menang.

Pada tahun berikutnya Ali bertarung dengan Joe Frazier. Pertarungan yang digelar “Pertarungan Abad Ini” ataupun “Fight of the Century.”

Ali dan Joe Frazier bertarung dalam perlawanan yang sengit. Selepas 14 pusingan, Frazier mengenakan tumbukan hook ke atas Ali pada pusingan ke-15.

Ali terjatuh dan bangkit semula. Namun pengadil mengesahkan Ali tewas dalam pertarungan tersebut. Itulah kekalahan pertama Ali selepas 31 kemenangan berturut-turut.

Tidak lama selepas itu, Muhammad Ali tewas untuk kali kedua di tangan Ken Norton. Pada 1974, Muhamad Ali dan Joe Frazier bertemu sekali lagi dalam pertarungan Ali vs Frazier II.

Dalam satu temu ramah dengan ABC, Ali dan Joe bergelut.

“Sit down quick Joe!”

Kali ini Muhammad Ali menewaskan seterunya itu. Joe Frazier hampir KO lebih awal tetapi pengadil tersilap menghentikan pusingan lebih awal kerana mendengar seperti bunyi loceng. Ali mendominasi Frazier dan menang pertarungan ini.

Berlaku protes daripada kem Joe Frazier yang merasakan taktik Muhammad Ali dikatakan mereka melarikan diri. Ali sebenarnya memang sengaja menggunakan kelebihan footwork beliau untuk mengumpan Frazier.

Tidak lama selepas itu satu lagi pertarungan lagenda iaitu menentang juara dunia George Foreman, juga pada 1974.

Pertarungan ini digelar “Rumble in the Jungle”. Ali diletakkan sebagai petinju underdog di dalam pertarungan ini.

Namun Muhamnad Ali memberikan aksi cemerlang. Beliau mengumpan Foreman ke penjuru gelanggang dan mengenakan serangan dengan teknik beliau yang digelar “rope-a-dope” technique. Foreman tersungkur dan KO pada pusingan ke-8.

Amat menarik kerana Ali seakan-akan sengaja menyimpan tenaga dan membiarkan Foreman berterusan menyerang. Apabila tiba masa yang sesuai, Ali terus menyerang dengan semua tenaga yang ada padanya.

Ali dan Frazier bertemu sekali lagi di Quezon City, Filipina pada 1975 dalam pertarungan “Thrilla in Manila”. Seperti biasa, pertarungan Ali-Frazier sentiasa sengit.

Pada pusingan ke-14 pembantu Frazier melambai tuala meminta pertarungan dihentikan dan Ali menang dalam pertarungan tersebut. Frazier sudah kehilangan penglihatannya kerana matanya yang bengkak teruk.

Pada 1978, Ali menyerahkan kejuaraannya kepada Leon Spinks. Namun pada perlawanan ulangan tahun yang sama, Ali menang semula gelaran juara dunia tersebut.

Ini menjadikan Muhammad Ali sebagai petinju pertama memenangi 3 gelaran dunia. Ali mengumumkan persaraan beliau. Namun tidak lama kemudian pada 1980, beliau kembali semula ke ring.

Bersara Penuh Daripada Tinju

Ali yang sudah semakin berusia tewas di tangan Larry Holmes pada 1980. Ali kalah sekali lagi dalam pertarungan dengan Trevor Barbick pada 1981.

Akhirnya Muhammad Ali memutuskan dirinya bersara penuh daripada sukan tersebut. Muhammad Ali merasakan ada hikmah untuk dirinya bersara ketika masih bertenaga.

Beliau banyak terlibat dalam aktviti kemasyarakatan, keagamaan dan banyak memberikan sumbangan kepada mereka yang memerlukan.

Beliau seorang yang sangat dermawan. Namun, pada 1984, berita kurang enak didengar apabila Muhammad Ali memberitahu umum bahawa beliau mengidap parkinson.

Beliau mewujudkan Yayasan Muhammad Ali yang mengutip dana membantu pesakit parkinson yang lain. Ali terlibat dengan banyak badan amal yang lain termasuk Make-A-Wish Foundation.

Pada Sukan Olimpik 1996, Muhammad Ali diberikan penghargaan untuk menyalakan obor Sukan Olimpik Atlanta.

Beliau menghabiskan masa beliau menjelajah ke seluruh dunia untuk kerja amal. Ali dilantik Duta Keamanan PBB kerana semangat beliau yang tidak pernah lelah membantu masyarakat di banyak tempat yang bergolak dan memerlukan bantuan.

Pada 2005, Muhammad Ali dianugerahkan Pingat Keamanan Presiden oleh George W. Bush. Beliau membuka Muhammad Ali Center di tempat kelahirannya Louisville, Kentucky.

Tempat yang menjadi muzium memaparkan kisah Ali sepanjang hidupnya, termasuk era kegemilangan beliau. Beliau berharap pusat itu mampu memberikan motivasi kepada ramai orang untuk berjaya dalam mengejar mimpi mereka.

Walaupun fizikalnya semakin dimamah parkinson, Ali tetap aktif menjelajah untuk kerja amal.

Pada 3 Jun 2016, dunia meratapi pemergian lagenda tinju dan juga manusia dermawan yang disayangi semua orang.

Muhammad Ali meninggalkan kita semua pada usia 74 tahun.

“Hidup ini sukar dijelaskan. Saya menawan dunia tetapi saya tiada kepuasan. Allah beri saya penyakit ini untuk ingatkan saya yang saya bukan nomboor 1 tetapi DIA yang nombor 1 .” – Muhammad Ali


SHARE ()