Pasukan yang bergelar Juara kebiasaannya perlu ada ikatan yang kuat antara satu sama lain dalam kalangan pemain dan staff, namun ianya tidak berlaku di Real Madrid ketika di bawah pengurusan Jose Mourinho.
Pada tahun 2012 yang lalu, Michael Essien bergadung semula dengan bekas pengurusnya itu buat kali kedua selepas beliau menyertai Los Blancos secara pinjaman dari Chelsea.
Back in 2012, Luka Modric & Ricardo Carvalho were the only players to turn up to Michael Essien birthday meal at Real Madrid ๐ฃ pic.twitter.com/xHECL2zz9E
— Football Memes (@TwFootballMemes) September 30, 2020
Ketika kariernya di Santiago Bernabeu, pemain kebangsaan Ghana itu telah melalui satu peristiwa yang sukar untuk dilupakan pada ulang tahun ke-30 beliau.
Essien mengundang kesemua rakan sepasukannya bersama Real Madrid untuk menghadiri acara ulang tahun hari kelahirannya.
Apa yang menyedihkan, dari kesemua rakan sepasukannya, hanya dua pemain sahaja yang memunculkan diri di acara tersebut.
Ricardo Carvalho dan Luka Modric ketika itu memuat naik gambar mereka bersama Essien yang ketika itu sedang berduka dan hanya mampu tersenyum selepas kehadiran dua rakan sepasukannya itu.
Back when Essien used to play for Real Madrid, only Modriฤ and Carvalho showed up for his birthday party. Man looks so genuinely happy at least some people showed up.. pic.twitter.com/i8okH0S8bq
— Xav Salazar (@XavsFutbol) September 28, 2020
Thiago ain't playing and I only just learnt that only Luka Modric and Ricardo Carvalho attended Michael Essien's birthday party when he was at Real Madrid. I'm fucking shattered
— RF9 ๐ง๐ท (@SambaRole) September 28, 2020
Memandangkan hubungan rapat antara Essien dengan pengurusnya itu, Mourinho terkejut beruk apabila mengetahui hanya dua pemain sahaja yang hadir dan beliau mahu mencuba untuk menggembirakan pemain midfieldnya itu.
Dalam satu buku ‘Jose Mourinho: Up Close and Persinal’, Rob Beasley menulis:
“Mourinho mengatakan bahawa Madrid merupakan sebuah kelab yang berpolitik serta berpuak-puak dan turut memberitahu saya kisah tentang Essien menjemput rakan sepasukannya di acara ulang tahun kelahirannya yang ke-30 dan hanya dua orang yang hadir.”
nothing will ever be sadder than the time michael essien had a birthday party and he invited all his real madrid teammates but only modric and carvalho showed up
mourinho had to console essien afterwards ๐ข pic.twitter.com/CcYbMbvm6z
— michael ๐ฎ๐ช (@michaelk0303) April 20, 2020
“Beliau harus menghiburkan Essien, beliau turut menyatakan bahawa tiada yang peribadi dan itu tidak bermaksud pemain lain tidak sukakan dia tapi mereka hanya lebih mementingkan diri sendiri dan mahu melakukan banyak lagi hal lain yang lebih penting.”
Real Madrid ketika itu menamatkan saingan La Liga dengan berada di kedudukan kedua, mereka turut mara ke peringkat separuh akhir saingan liga Juara-juara dan beraksi di pentas perlawanan akhir Copa Del Rey.
Anehnya lagi, terdapat satu lagu yang diberi judul ‘Michael Essien Birthday Party’ yang dikeluarkan pada tahun lalu oleh Zeppy Zep, Keeko dan Taco Hemingway.
Namun, tidak pasti sama ada Essien sendiri sudah mendengar lagu tersebut atau belum.