Kisah Kejahatan Pemain Pertahanan Termahal Dunia Yang Tidak Dihukum

Kejahatan pemain pertahanan termahal dunia, Harry Maguire ke atas Michy Batshuayi di tepi padang nyata tidak memberi sebarang keadilan kepada pemain Chelsea itu.

Harry Maguire telah terselamat daripada sebarang hukuman apatah lagi satu kad yang berwarna merah walaupun melakukan kekasaran dihadapan bangku simpanan Chelsea.

Pemain kebangsaan England itu jelas kelihatan telah menyerang ke kawasan sensitif Michy Batshuayi ketika terjatuh di kawasan tepi padang.

Ulang tayang juga jelas menunjukkan Maguire dengan sengaja mengangkat kaki dan menyerang Michy Batshuayi dengan tapak kasutnya.

Ajaibnya Maguire tidak dilayangkan sebarang kad dan ramai berpendapat bahawa Maguire patut diarah keluar padang.

 

Namun semua itu tidak terjadi lebih memilukan Maguire telah menjaringkan gol kedua perlawanan.

Nyata para peminat bola sepak terutamanya peminat Chelsea tidak berpuas hati dengan tindakan Maguire dan keputusan pengadil.

Bekas pemain Chelsea, Cesc Fabregas antara yang terawal meluahkan rasa dengan satu hantaran ringkas.

“Red atau merah.”

“Lagu mana takda kad merah untuk Maguire”

“Menendang, itu merah. Maguire patut dihalau keluar. VAR?”

“Bukankah itu satu kejahatan nyata Maguire? Son kena kad merah mengasari Ruiger dan tidak seganas ini.”

“Bagaimana ini bukan kad merah, Son kena kad merah untuk benda yang sama. VAR ni memang satu gurauan bersetubuh.”

Chelsea tewas dalam perlawanan ini dengan gol hasil jaringan Anthony Martial dan Harry Maguire.

Lebih malang apabila dua gol Chelsea daripada Cesar Azpilicueta dan Olivier Giroud dibatalkan oleh Video Assistant Referee(VAR).

VAR mendapati Azpilicueta telah mengasari Brendon William dan gol Giroud pula kerana offside.

Dapatkan berita terkini di Telegram kami. Klik butang di bawah.