Kisah Kegemilangan Adidas Yang Bermula Daripada Adi Dassler

Leo Maestro 2 tahun yang lalu

Sejarah Adidas pastinya panjang lebar untuk diceritakan. Namun kali ini, kami menceritakan secara ringkas sejarah pengeluar barangan sukan yang berpengaruh di dunia ini.

Ianya bermula pada 1920, apabila Adi (Adolf) Dassler terlibat dalam perniagaan kecil membuat kasut sukan. Adi seorang yang sangat teliti dalam kerjanya. Beliau tinggal di Herzogenaurach, 12 batu dari bandar Nurenberg.

Oleh sebab kasut yang dihasilkan beliau berkualiti tinggi dan digemari oleh ramai orang di sekitar kediaman beliau. Ayahnya memang seorang tukang kasut.

Gebrüder Dassler Schuhfabrik

Selepas berjaya mendapatkan modal yang lebih besar, Adi dan abangnya menubuhkan perusahaan Gebrüder Dassler Schuhfabrik ataupun Dassler Brothers pada 1924.

Mereka mulai meneroka lebih banyak bidang sukan lain termasuk bola sepak, acara pecut dan sebagainya.

Pada 1936, Olimpik Berlin merupakan era yang digelar era Adidas. Ramai atlet menggunakan kasut buatan mereka di pelbagai acara.

Juara 100 meter, Jesse Owen yang merupakan atlet paling berjaya dalam temasya itu, juga memakai kasut hasil keluaran mereka.

Pada 1947, abangnya Rudi telah ditangkap oleh tentera AS kerana disyaki terlibat dengan Nazi. Tuduhan ke atas Rudi itu ternyata tidak berasas. Mereka berdua berpisah.

Adolf memutuskan untuk meneruskan empayar perniagaan mereka dengan nama Adidas ataupun gabungan Adi Dassler pada 1949. Rudolf pula memutuskan untuk memiliki perusahaan sendiri dengan jenama Puma.

Kedua-dua adik beradik ini kemudian berseteru di antara satu sama lain dalam bidang pengeluaran barangan sukan.

Adi Memacu Adidas

Adidas kemudian mendaftarkan logo pertama mereka seperti di bawah ini:

3 jalur pada kasut ini adalah mewakili 3 orang anaknya yang menjadi inspirasi Adi. Adidas juga menggunakan Impossible Is Nothing sebagai slogan mereka. Slogan yang diambil daripada salah satu ‘quote’ Muhammad Ali.

Slogan ini menepati semangat Adidas untuk mencabar diri mereka mengejar mimpi untuk menjadi salah satu kuasa besar dalam pengeluaran barangan sukan.

Adidas mencari salah satu elemen penting dalam membantu skuad kebangsaan Jerman menjuarai Piala Dunia 1954. Mereka menaja penuh pasukan kebangsaan Jerman.

Pada 1967, Adidas mengelauarkan produk khas untuk Franz Beckenbauer yang digelar ‘Der Kaiser’ (the emperor). Seluar trek Beckenbauer menjadi kegilaan ramai ketika itu.

Pada tahun 1970, dalam pertarungan Fight Of The Century di antara Muhammad Ali dan Joe Frazier, kedua dua petinju menggunakan jenama Adidas.

Tahun yang sama, Adidas menjadi penaja bola rasmi Piala Dunia FIFA 1970, Adidas Telstar.

Pada 1971, mereka menukar logo kepada logo ikonik trefoil. Terdapat 100 logo yang disaring ketika itu. Akhirnya Adi Dassler memilih logo daun 3 helai dengan ada 3 jalur di bawahnya.

Ia juga adalah simbol kepada kegemilangan Adidas ketika itu. Kali ini mereka mensasarkan pasaran lebih luas di Amerika Syarikat, Afrika, Eropah dan Asia.

Era trefoil memang satu testimoni kepada kekuasaan Adidas di dunia. Ia telah menjadi salah satu penyumbang kepada ‘budaya’ sosial ketika itu.

Terus Gemilang

Artis terkemuka seperti Bob Marley, The Doors, The Sex Pistols, The Clash dan David Bowie antara mereka yang memakai Adidas. Adidas bukan lagi jenama untuk atlet sukan semata-mata. Ianya mulai menjadi jenama untuk semua.

Pada Sukan Olimpik Munich 1972, Adidas berjaya meletakkan jenama mereka sebagai penaja utma dalam sukan terbesar di dunia itu.

Selepas itu, mereka menjadi pengeluar utama barangan sukan untuk pelbagai jenis sukan. Tetapi Adidas tetap meletakkan bola sepak sebagai ‘core product’ mereka.

Pasca Adi Dassler

Pada 1978, Adi Dassler meninggal dunia pada usia 78 tahun. Anak beliau Horst mendapat sokongan daripada ibunya untuk meneruskan empayar yang dibina ayahnya. Adi Dassler telah meletakkan penanda aras yang terlalu tinggi kepada anaknya.

Antara inovasi era pasca Adi Dassler adalah teknologi miCoach pada 1984. Ketika itu komputer bukanlah sesuatu yang dekat di dalam kehidupan seharian. MiCoach membantu mengukur kadar larian dan jarak atlet dengan dipasang di kasut.

Kegemilangan Adidas diteruskan dengan pengeluaran kasut Run DMC pada 1986. Ianya buah tangan istimewa kepada kumpulan Rap Run DMC yang mengeluarkan lagu My Adidas tanda minat mereka kepada kasut Adidas.

Adidas memperoleh publisiti ‘percuma’ besar-besaran daripada lagu ini. Itulah sebab Adidas membuatkan kasut khas Adidas Run DMC.

Ia juga menandakan era bermulanya Adidas melebarkan pengaruh ke dunia seni selain daripada sukan.

Setahun kemudian Horst Dassler meninggal dunia selepas 2 tahun ibunya turut pergi. Ia satu tempoh yang sukar untuk Adidas. Tiada lagi perniagaan keluarga. Adidas hampir muflis ketika itu.

Berakhirnya Era Keluarga Dassler

CEO mereka , Robert Louis-Dreyfus bergabung dengan rakannya Christian Tourres untuk menghidupkan semula Adidas.

Beliau mengambil tempoh sekitar 5 tahun untuk memastikan Adidas kembali gah. Robert menggunakan slogan “We knew then, we know now”.

Ia adalah era baru dalam Adidas. Walaupun bergelut untuk melangsaikan banyak hutang, Adidas berjaya mengeluarkan produk berpengaruh seperti kasut bola predator pada 1994.

Adidas akhirnya diambil alih oleh Solomon Group dan membentuk Adidas-Salomon AG. Kumpulan Solomon telah telah berjaya memperbaiki aspek ekonomi dan keuntungan Adidas.

Pada 1997, Adidas melancarkan logo baru mereka seperti yang mereka gunakan pada hari ini, 3 bar.

Mereka menubuhkan ibu pejabat Adidas di Herzogenaurach, rumah asal kepada Adidas. Antara yang dikeluarkan era Adidas-Solomon AG adalah ClimaCool (2002), adizero (2004) dan F50.

Mereka meningkatkan pengeluaran mereka untuk streetwear. Dan ramai atlet ternama menjadi duta ekslusif mereka termasuk Beckham, Haile Gebrselassie, Muhammad Ali, Laila Ali dan hari ini atlet seperti Lionel Messi.

Pada 2006, Solomon dan Adidas berpecah. Adidas dijual kepada Amer Sports. Adidas turut memiliki Reebok, Rockport dan Reebok-CCM Hockey. Syarikat mereka kemudian dinamakan Adidas-AG

Pada hari ini, Adidas masih lagi empayar besar di dalam dunia sukan. Mereka mencatatkan keuntungan tertinggi dalam sejarah pada 2016 dengan €19.3 juta.

Sumber

1. Adidas Group

2. The Idle Man


SHARE ()