Etika kerja yang dipamerkan oleh Cristiano Ronaldo sungguh mengagumkan dan Medhi Benatia pernah menceritakan satu kisah yang membuktikan pemenang lima kali Ballon d’or itu seorang pemain yang luar biasa.
Untuk kesemua skill luar biasa yang beliau miliki dan kemampuan menjaringkan gol yang luar biasa, ianya bukanlah bakat semula jadi Ronaldo melainkan kerja keras yang beliau lakukan.
Kerja keras dan keazaman yang kuat menjadikan Cristiano Ronaldo sebagai salah seorang pemain terhebat di dunia ketika ini bahkan boleh dikatakan beliau sebagai pemain terhebat sepanjang zaman.
Cristiano Ronaldo wanted to workout after coming on as a sub and scoring for Juventus: Medhi Benatia #CristianoRonaldo #Juventus #SerieA https://t.co/PMWjKMQAu7
— Republic (@republic) March 31, 2020
Bekas rakan sepasukan Ronaldo di Juventus, Benatia yang kini beraksi bersama Al-Duhail SC di Qatar pernah menceritakan satu kisah yang membuktikan bagaimana Ronaldo begitu gigih dalam bekerja.
“Ketika aksi bertemu Atalanta, kami tidak menggunakan dua pertukaran dalam perlawanan itu, ianya kerana dua atau tiga hari selepas itu kami akan ada perlawanan lagi dan pengurus mahu membuat putaran pemain.”
“Ketika kami dalam bas untuk pulang dari Bergamo, Cristiano menghantar pesanan ringkas kepada saya: ‘apa yang kamu buat sekarang?’ kemudian saya membalas ‘sudah jam 11 malam. Saya mahu pulang ke rumah. Kenapa?”
“Ronaldo kemudian membalas ‘adakah kamu rasa seperti mahu membuat sedikit senaman di gym? Saya tidak berpeluh dan saya perlu untuk bersenam. Kamu sudi datang?'”
Cerita Benatia kepada AS.
“Saya sudah membalas bahawa jam sudah menunjukkan jam 11, malam dan saya mahu pulang ke rumah dan menonton TV.”
Apa yang menariknya, bintang Moroco itu jelas masih ingat kesemua kisah tersebut secara terperinci dengan setiap kata-kata dari perbualan beliau dengan Ronaldo.
Medhi Benatia recalled an experience he had with Cristiano Ronaldo during his time at Juventus.
The 32-year-old spent six months with the five-time Ballon d’Or winner in Turin before he left for Qatar to join Al-Duhail in January. #AlDuhail #Atalanta #B https://t.co/m8t9c7T5Bn pic.twitter.com/zoEqNH812l— EyeWitness101 (@EyeWitness101) December 17, 2019
Pemain centre-back itu sebenarnya adalah pemain yang tidak bermain dalam perlawanan tersebut, sebaliknya Ronaldo telah dimasukkan oleh pengurus pada minit ke-78.
Ronaldo dimasukkan dan berjaya menjaringkan gol penyamaan untuk Juventus meneruskan rekod bersih mereka tanpa kekalahan dalam saingan liga ketika itu.
Ketika perlawanan tamat dan kesemua mereka pulang, Ronaldo berasa seperti kurang berpeluh dan beliau perlu pergi ke gym untuk terus berlatih dan mengeluarkan peluh.
Bercakap tentang peristiwa itu, Benatia turut menambah lagi:
“Ketika detik itu, saya sedar bahawa Cristiano bukanlah manusia biasa. Ketika kamu bekerja bersamanya, kamu akan lebih menghormatinya kerana kamu boleh melihat dia bekorban keseluruhan hidupnya untuk bola sepak.”
I hope that he didn't say No https://t.co/1ACVcpjHFt
— Mandar Fatarpekar (@SuperMandzu) December 17, 2019
Tidak kira apa yang difikirkan tentang bekas bintang Manchester United itu, tetapi jelas beliau seorang yang pantang menyerah dan sentiasa mahu memperbaiki dirinya.
Iker Casillas baru-baru ini pernah mendedahkan bertapa kerja kuatnya Ronaldo dan turut menjelaskan perbezaan antara bekas rakan sepasukannya itu dengan Lionel Messi.
“Cristiano sentiasa ada keinginan yang kuat untuk menjadi yang terbaik, ianya jelas dari beliau kecil lagi dan saya percaya dia sudah capai apa yang dia impikan.”
Ronaldo Text Me For 11pm Workout – Juventus Teammate Medhi Benatia Reveals https://t.co/nYYao3NEOP pic.twitter.com/I65mKAQvgd
— SPORTING RAVE (@Asiwaju_segz) March 30, 2020
“Sekiranya saya harus bandingkan beliau dengan Messi, apa yang dilakukan oleh Cristiano lebih membanggakan kerana kita semua tahu bahawa Messi sememangnya berbakat, tetapi Cristiano telah berazam dan bekerja keras untuk menjadi yang terbaik.”