Khairul Azman Wajibkan Penjaga Gol Kedah Turunkan Berat Badan

Jurulatih penjaga gol Kedah FC, Khairul Azman mewajibkan tiga pemain pasukan helang merah untuk menurunkan berat badan.

Baru-baru ini, Kedah FC telah mengumumkan pelantikan jurulatih penjaga gol mereka yang baharu, Khairul Azman Mohamed.

Penjaga gol legenda Sabah itu sebelum ini berkhidmat untuk pasukan JDT dan beliau merupakan salah seorang individu penting dalam meningkat prestasi penjaga gol pasukan tersebut.

Kedatangan Khairul Azman Mohamed disambut dengan baik oleh Kedah FC dan mereka turut mengeluarkan kenyataan yang menyatakan:

“Selamat datang ke keluarga pasukan hijaukuning BRO! Hari ini merupakan hari pertama buat jurulatih penjaga gol baharu pasukan KDA FC. ”

“Beliau yang cukup dikenali ketika zaman kegemilangan era 90an ketika beraksi dengan pasukan Pahang dan Sabah kini memilih untuk melatih barisan penjaga gol skuad hijaukuning.”

“Sebelum ini beliau merupakan barisan kejurulatihan di JDT FC.”

Khairul Azman kini sudah melibatkan dirinya dalam latihan pra musim bersama kelab sebagai persiapan menghadapi musim baharu nanti.

Khairul Azman turut gembira dan teruja dapat bersama Kedah FC dan beliau turut mengeluarkan kenyataan yang menyatakan:

“Assalamualaikum, saya rasa teruja selepas setahun berehat, selama ini dengan pasukan yang besar (JDT FC), lepas tu dengan pasukan hebat jugak (KDA FC), musim lepas di tangga kedua liga super. Tak tahu nak cakap macam mana lagi sebab teruja.”

“Tahniah kepada KDA FC layak ke pentas Asia, saya rasa bangga juga kerana sebelum ni pengalaman dengan JDT FC, sekarang dengan KDA FC.”

“InsyaAllah saya akan bantu apa yang patut dan menjadi jurulatih penjaga gol di Kedah pun dalam keadaan pasukan yang bersedia dari segi banyak aspek, nampak pemain-pemain pun dalam sesi latihan pertama saya moral mereka cukup tinggi.”

“Dari komitmen penjaga gol Kedah di hari sesi latihan pertama, mereka bagi kerjasama yang baik.”

“InsyaAllah saya sasarkan sekarang adalah Ifwat untuk ideal cergas, dan ketiga-tiga penjaga gol untuk sama tahap, tiada pilih kasih, saya harap mereka akan terus bagi kerjasama dan pemain buatlah yang terbaik untuk KDA FC bagi musim 2021.”

“Pemain-pemain muda Kedah nampak memberangsangkan dari segi kesungguhan mereka, harapnya kesungguhan mereka berpanjangan sampai bila-bila.”

blank

“Walaupun mereka saya anggap berkualiti tetapi tahap di Liga Super dan AFC berlainan dan perlu komitmen tinggi, saya akan bantulah macam mana cara sekalipun.”

“Saya harap penyokong Kedah sentiasa beri sokongan yang padu, jangan berbelah bahagi, menang dan kalah tu adat bolasepak.”

“Dari masa main di Pahang dan Sabah dulu saya dapat rasakan mereka memang fanatik, saya doakan wabak ini cepat terhapus dan kita redha ini semua dugaan Allah.”

Terbaru, Khairul Azman Mohamed telah menegaskan bahawa tiga penjaga gol utama pasukan Kedah mengalami masalah terlebih berat badan dan beliau mahu kesemua tiga pemain itu menurunkan berat badan mereka.

Berita tersebut telah dilaporkan oleh wakil dari Nadi Arena, Fina Nasrom di laman twitter miliknya.

blank

Penjaga gol utama kedah, Mohd Ifwat sebelum ini menarik perhatian penyokong selepas melihat badannya yang semakin berisi ketika sedang menjalani latihan.

Dapatkan berita terkini di Telegram kami. Klik butang di bawah.