Khabib Sangat Teringin Untuk Menyaksikan Perlawanan Liverpool, Man Utd Dan Man City

Khabib Nurmagomedov telah bercadang mahu mengunjungi England untuk menonton perlawanan bola sepak yang melibatkan Manchester United, Liverpool dan Manchester City selepas beliau selesai bertemu Justin Gaethje di UFC 254.

Khabib ketika itu sedang dalam persiapan terakhirnya untuk berdepan dengan Justin Gaethje dalam pertarungan merebut sabuk kejuaraan Lightweight dunia UFC.

Beliau mendedahkan bahawa dirinya akan mengadakan lebih banyak lawatan selepas tamat perlawanan tersebut dan ianya seperti beliau sudah memberi tanda awal bahawa perlawanan tersebut merupakan perlawanan terakhir untuknya.

Sebelum perlawanan bertemu Justin Gaethje, Khabib sudah kelihatan sangat yakin, bah kan beliau sempat merancang apa yang akan dilakukannya selepas dari perlawanan tersebut termasuk untuk menonton bola.

Bercakap kepada BT Sport, Khabib menjelaskan:

“Selepas pertarungan ini saya akan lebih banyak mengembara. Saya akan pergi ke London. Saya benar-benar mahu menonton banyak permainan di sana.”

“Manchester United, Liverpool dan Manchester City. Saya benar-benar mahu ke menonton perlawanan mereka.”

“Saya tahu mereka mempunyai stadium yang hebat dengan sejarah yang mengagumkan. Saya tahu di sana sekarang tiada penonton yang dibenarkan untuk masuk, tetapi saya benar-benar mahu ke sana, mungkin pada November ketika ada perlawanan hebat di sana.”

Khabib jelas merujuk kepada pertembungan antara Juara bertahan Liverpool yang akan bertemu Manchester City di Etihad pada 7 November nanti.

Khabib cemerlang menewaskan Gaethje dalam perlawanan untuk merebut sabuk kejuaraan Lightweight dunia UFC kemarin dan berjaya mengekalkan rekod bersih 29 kemenangan beliau tanpa kalah.

Sebaik tamat perlawanan, Khabib dilihat bersujud syukur atas kemenangannya dalam perlawanan tersebut dan beliau turut mendedikasikan kemenangan itu untuk arwah ayahnya yang baru sahaja meninggal dunia beberapa bulan lalu.

Khabib Nurmagomedov turut mengumumkan kepada semua bahawa perlawanan tersebut merupakan perlawanan terakhir untuknya dengan menyatakan:

“Alhamdulillah tuhan memberikan saya segalanya. Terima kasih kepada mereka ini, mereka ini telah bersama saya dan ayah saya selama lebih 20 tahun. Terima kasih kepada semua team saya, pada hari ini saya mahu mengumumkan bahawa ini adalah pertarungan terakhir saya.”

“Dan tidak mungkin saya akan ke sini dengan tiada ayah saya, ianya merupakan pertama kali. Selepas apa yang berlaku ke atas ayah saya, dan ketika UFC menghubungi saya tentang Justin, saya bercakap dengan ibu saya pada hari itu, adakah saya patut berlawan tanpa ayah saya.”

“Saya juga berjanji kepada ibu saya bahawa itu adalah perlawanan terakhir saya, dan bila saya sudah melafazkannya saya harus penuhinya.”

Berita persaraannya diterima dengan penuh kesedihan oleh para peminat yang masih mahu melihat beliau bertarung.

Namun keputusannya harus dihormati dan mungkin benarlah beliau sudah merancang untuk lebih banyak berjalan-jalan selepas tamat perlawanan tersebut kerana pertarungan itu merupakan yang terakhir untuknya.

Dapatkan berita terkini di Telegram kami. Klik butang di bawah.