Khabib Nurmagomedov telah mengumumkan secara rasmi bahawa beliau menarik diri daripada UFC249 bertemu dengan Tony Ferguson.
Kenyataan itu dibuat menerusi instagram miliknya. Ini aalah kali kelima pertarungan di antara Khabib Nurmagomedov menentang Tony Ferguson dibatalkan.
Pertarungan UFC248 sepatunya berlangsung pada 18 April ini.
Khabib Nurmagomedov kini terperangkap di Rusia dan melalui tempoh lockdown kerana koronavirus.
Awal minggu ini Khabib Nurmagomedov menyatakan beliau ketika ini tak dibenarkan meninggalkan negaranya.
Nurmagomedov menyatakan, beliau seolah olah menjadi sasaran oleh media dan segelintir pihak. Sedangkan ketika ini satu dunia sedang berkurung di rumah demi menyelamatkan nyawa orang lain.
Dalam entri terbaru di IG beliau Khabib berkata:
“Terus duduk di rumah dan membaca reaksi orang ramai ke atas pertarungan saya, ianya telah berubah menjadi seluruh dunia kini dalam kuarantin, melibatkan kerajaan di seluruh negara, orang ternama di seluruh dunia menyeru agar orang ramai mengikuti langkah keselamatan dalam usaha untuk mengurangkan penularan wabak, untuk menyelamatkan nyawa.”
“Dan Khabib adalah satu satunya yang dikecualikan dengan semua obligasi tersebut, dan perlu bebas terbang ke mana sahaja ke seluruh dunia, hanya semata-mata kerana satu pertarungan?”
“Saya faham semuanya, dan saya lebih sedih daripada orang lain kerana pertarungan ini terpaksa dibatalkan, sama seperti orang lain, saya juga ada perancangan selepas pertarungan ini. Namun saya tak ada kuasa mengawal semua ini.”
“Tetapi Khabib masih tetap kena bertarung, itu yang kamu katakan?”
“Jaga diri kamu dan letakkan diri kamu di dalam situasi saya sekarang.”
View this post on InstagramA post shared by Khabib Nurmagomedov (@khabib_nurmagomedov) on
Presiden UFC, Dana White sebelum ini sudah menyatakan bahawa pertarungan UFC249 akan tetap dijalankan walaupun sedang di tengah wabak koronavirus.
Dana White sudah menyatakan sebelum ini beliau mungkin akan mencari venue baharu, jikja venue semasa tidak dibenarkan untuk menganjurkan acara sukan.
Kenyataan Khabib Nurmagomedov itu membuatkan Tony Ferguson meminta agar bengkung kejuaraan milik petarung Rusia itu dilucutkan.
Tony Ferguson calls for Khabib Nurmagomedov to be stripped of UFC title https://t.co/cdndi0bDU0
— Marc Raimondi (@marc_raimondi) April 1, 2020
Tony Ferguson memberitahu SportsCenter: “Kejuaraan dia kena dilucutkan.”
“Tidak kiralah siapa yang kita ada sekarang. Kita kena pastikan acara ini terus berlangsung.”
Ferguson kemudian menuduh Khabib Nurmagomedov sengaja mencari alasan untuk melarikan diri. Sebab itu beliau balik ke Rusia untuk mengelakkan diri daripada pertarungan ini.
Ferguson sedia untuk berlawan di mana sahaja dengan Khabib Nurmagomedov.
“Dia tahu, apa yang dia lakukan ini boleh menjadi alasan untuk tidak bertarung.”
“Dia tak nak ambil risiko langsung. Semua orang ambil risiko. Dia pula jenis bailed out. Susah saya nak jelaskan tetapi dia memang jenis bailed out.”
Terdapat juga ura-ura UFC akan mencari pennganti Khabib Nurmagomedov. Antara nama nama yang dikaitkan ialah Justin Gaethje.