Khabib Nurmagomedov Vs Tony Ferguson Bukan Berlangsung Di Moscow?

Pihak UFC dikatakan dalam proses akhir untuk menyusun jadual pertarungan beprofil tinggi melibatkan Khabib Nurmagomedov dengan Tony Ferguson.

Menurut koresponde ESPN, Ariel Helwani, pertarungan ini dijangka akan berlangsung di New York pada sekitar Mac ataupun April 2020.

Kini perbicangan tentang projek terbaru UFC itu sedang berjalan. Ianya dijangka akan menjadi acara paling besar untuk musim hadapan.

Khabib Nurmagomedov baru-baru ini berjaya mempertahankan tali pinggang kejuaraannya selepas menang ke atas  Dustin Poirier dalam acara utamaUFC 242 bulan lalu.

Dan kini, Khabib Nurmagomedov sudah melebarkan rekod kemenangan beliau kepada 28 tanpa kekalahan.

Walaubagaimanapun, sebelum ini Khabib mensasarkan pertarungan beliau yang seterusnya adalah di Rusia. UFC nampaknya ada perancangan lain untuk Khabib.

Khabib mahu beraksi di negara kelahirannya, Rusia dalam pertarungan seterusnya.

Sementara itu, Tony Ferguson pula kini sudah mencatatkan 12 kemenangan berturut-turut dalam UFC. Kemenangan terakhir beliau adalah ke atas Donald Cerrone pada Jun lalu.

Buat masa ini, UFC masih belum melayan permintaan Conor McGregor yang mahu pertarungan semula dengan Khabib. Ini kerana Tony Ferguson adalah lebih berhak untuk beraksi dalam acara perebutan kejuaraan.

Khabib juga pernah menyuarakan beliau lebih berminat dengan pertarungan sambil beramal menentang Georges St Pierre, berbanding dengan memikirkan pertarungan dengan Conor McGregor.

McGregor masih cuba untuk melobi pertarungan ulangan itu. Dan Dana White juga membuka peluang untuk meletakkan Conor McGregor dalam senarai menunggu.

Ramai yang merasakan pertarungan terbaik ketika ini adalah melibatkan Khabib vs Ferguson. Ini kerana kedua-duanya dalam prestasi kemuncak.

Selain itu, sudah 4 kali usaha untuk mempertemukan mereka di dalam octagon tertangguh sebelum ini.

Dapatkan berita terkini di Telegram kami. Klik butang di bawah.