Khabib Nurmagomedov Pernah Suruh Cristiano Ronaldo Pencen

Khabib Nurmagomedov permah bertemu secara peribadi dengan Cristiano Ronaldo. Dan beliau pernah memuat naik video pertemuan mereka di instagram beberapa tahun yang lalu.

Hubungan Khabib dengan Ronaldo boleh dikatakan rapat.

Cristiano Ronaldo sebelum ini sudah menyatakan bahawa beliau mahu terus kekal bermain di peringkat tertinggi.

Beliau antara pemain bola sepak yang sangat rajin dan menjaga fizikalnya dengan sangat baik.

Ronaldo yakin beliau masih boleh bermain sehingga usianya 40 ataupun 41 tahun.

Khabib dan Cristiano merupakan sahabat rapat. Pada 2018, Khabib Nurmagomedov pernah bertemu dengan anak Ronaldo iaitu Cristiano Jr.

Khabib Nurmagomedov hadir untuk acara media promosi MMAm Global Fighting Championship di Rusia.

Wartawan bertanya kepada Khabib tentang pandangan beliau ke atas Cristiano Ronaldo yang mahu terus melanjutkan lagi karier bola sepak profesional beliau.

Menurut Khabib, beliau merasakan Cristiano Ronaldo perlu berhenti ketika masih berada di tahap tertinggi seperti yang beliau ada sekarang.

“Ya, semua orang tahu, sangat sukar untuk kita meninggalkan sesuatu yang kita cintai seumur hidup.”

“Namun tidak kisah, sama ada kamu nak bersara atau tidak, apabila masa itu tiba, jika kamu tak tinggalkan sukan, maka suka akan tinggalkan kamu.”

Menurut Khabib, cabaran terbesar adalah apabila bintang-bintang baru bangkit dan anda pula hilang motivasi, tidak seperti sebelum ini.

“Jika kamu tidak meninggalkannya pada masa yang tepat, kamu akan ditinggalkan di belakang dan muncul juara baru, lebih muda, lebih dahaga dan lebih bermotivasi.”

“Kamu tidak akan memiliki motivasi dan kedahagaan yang sama, seperti ketik permulan karier kamu.”

Khabib menasihatkan Ronaldo bahawa tidak semua perkara akan kekal untuk selamanya. Dan mereka sebagai atlet harus bijak untuk memilih masa yang sesuai untuk bersara.

“Tiada siapa yang akan terus kekal selamanya. Jadi sangat penting untuk tinggalkannya pada masa yang tepat.”

“Berapa umur beliau? 34? 35? Beliau tidak akan memiliki kondisi dan kecekapan yang sama.”

“Tidak kira, sama ada kamu Cristiano Ronaldo ataupun Khabib Nurmagomedov, orang baru nanti akan tetap ambil tempat kamu.”

Cristiano Ronaldo, Portugal

“Jadi, nasihat saya kepada beliau, dan kepada diri saya sendiri, pergilah (bersara) ketika masanya tepat.”

Khabib juga merasakan keadaan fizikal beliau kini agak merosot. Khabib menyatakan beliau mungkin akan cuba mendapatkan nasihat daripada Cristiano Ronaldo.

Ronaldo merupakan antara pemain bola sepak paling gemilang di dalam sejarah.

Beliau merupakan pemegang rekod 5 Ballon d’Or. Hanya Lionel Messi yang lebih banyak daripada kapten Portugal itu.

Kini beliau masih menjadi pemain utama di Juventus selepas menyertai pasukan itu dari Real Madrid pada 2018.

Musim lalu Ronaldo diiktiraf sebagai Pemain Terbaik Tahunan Serie A selepas membantu Juventus menjuarai Serie A.

Dapatkan berita terkini di Telegram kami. Klik butang di bawah.