Khabib Nurmagomedov memberikan respon ketika dituduh pengecut oleh Tony Ferguson dan terbaru Conor McGregor.
Khabib Nurmagomedov kini berada di Rusia dan terpaksa membatalkan penyertaannya di dalam pertarungan UFC 249.
Kenyataan rasmi sudah beliau hebahkan menerusi Instagram miliknya. Di mana petarung Rusia itu menyatakan, beliau adalah manusia biasa juga yang tidak terkecuali daripada tanggungjawab sosial untuk mengikut langkah kesihatan.
Di mana Khabib sahaja berkurung di rumahnya di Rusia dalam tempoh kuarantin. Khabib Nurmagomedov telah mengumumkan secara rasmi bahawa beliau menarik diri daripada UFC249 bertemu dengan Tony Ferguson.
Khabib Nurmagomedov kini terperangkap di Rusia dan melalui tempoh lockdown kerana koronavirus. Di mana mereka tidak dibenarkan untuk keluar.
Khabib berkata menerusi instagramnya: “Terus duduk di rumah dan membaca reaksi orang ramai ke atas pertarungan saya, ianya telah berubah menjadi seluruh dunia kini dalam kuarantin, melibatkan kerajaan di seluruh negara.”
“Orang ternama di seluruh dunia menyeru agar orang ramai mengikuti langkah keselamatan dalam usaha untuk mengurangkan penularan wabak, untuk menyelamatkan nyawa.”
“Dan Khabib adalah satu satunya yang dikecualikan dengan semua obligasi tersebut, dan perlu bebas terbang ke mana sahaja ke seluruh dunia, hanya semata-mata kerana satu pertarungan?”
“Saya faham semuanya, dan saya lebih sedih daripada orang lain kerana pertarungan ini terpaksa dibatalkan, sama seperti orang lain, saya juga ada perancangan selepas pertarungan ini. Namun saya tak ada kuasa mengawal semua ini.”
“Tetapi Khabib masih tetap kena bertarung, itu yang kamu katakan?”
“Jaga diri kamu dan letakkan diri kamu di dalam situasi saya sekarang.”
View this post on InstagramA post shared by Khabib Nurmagomedov (@khabib_nurmagomedov) on
Kenyataan Khabib Nurmagomedov itu membuatkan Tony Ferguson marah dan kecewa. Beliau meminta agar bengkung kejuaraan milik petarung Rusia itu dilucutkan dengan serta merta.
UFC kini dilaporkan sedang mencari pengganti kepada Khabib Nurmagomedov.
Tony Ferguson calls for Khabib Nurmagomedov to be stripped of UFC title https://t.co/cdndi0bDU0
— Marc Raimondi (@marc_raimondi) April 1, 2020
Tony Ferguson memberitahu Sports Center: “Kejuaraan dia harus dilucutkan. Tidak kiralah siapa yang kita ada sekarang. Kita kena pastikan acara ini terus berlangsung.”
Ferguson kemudian menuduh Khabib Nurmagomedov sengaja mencari alasan untuk melarikan diri. Sebab itu beliau balik ke Rusia untuk mengelakkan diri daripada pertarungan ini.
Ferguson sedia untuk berlawan di mana sahaja dengan Khabib Nurmagomedov.
Kemudian, Conor McGregor menuduh Khabib kecut dan melarikan diri daripada lawan yang kuat.
Khabib Nurmagomedov: Mereka not my level
Perkara itu mendapat perhatian oleh Khabib Nurmagomedov. Khabib Nurmagomedov tiada masalah jika Tony Ferguson nakkan gelaran interim tersebut dan Conor McGregor menjadi no.2.
Khabib menerusi video IG dia berkata: “Semua orang tahu siapa yang terbaik.”
“Apabila saya berada di UFC, selamanya Tony akan menjadi juara interim, dan Conor akan menjadi nombor 2.”
“Itu apabila saya berada di sini (Rusia).”
“Mereka berdua ni akan sentiasa menjadi nombor dua. Saya yang akan menjadi nombor satu.”
“Mereka berdua ini akan menjadi nombor dua, interim, dan hakikatnya mereka berdua ni bukannya level saya. Anda faham bukan?”
“Baguslah, dengan keadaan ini dapat membuatkan mereka menjadi juara interim, dan Conor menjadi nombor 2.”
“Dengan ini mereka berdua memang layak, seorang menjadi juara interim dan Conor no.2.”
"While I'm in the UFC, always, Tony is going to be interim champion, and always, Conor is going to be No. 2. These guys are not on my level."@TeamKhabib won't object to Tony Ferguson fighting for an interim title. (via @bokamotoESPN) pic.twitter.com/Uhncp1o6Ms
— ESPN MMA (@espnmma) April 2, 2020
Nurmagomedov juga menegaskan beliau tiada masalah nak bertarung dengan sesiapa sahaja sekiranya beliau dapat keluar dari negaranya Rusia.
Malah beliau antara petarung yang seringkali meminta lokasi pertarungan daripada Bos UFC, Dana White.
"Right now, if they give me location, if I can come out from Russia… I'm going to fight. One hundred percent. Just give me location."
Speaking to @bokamotoESPN, @TeamKhabib says facing Tony Ferguson is his "dream fight" and understands why fans are upset. pic.twitter.com/c2j2RV4uZ0
— ESPN MMA (@espnmma) April 2, 2020
“Jika sekarang ini mereka berikan saya lokasi, dan saya boleh keluar dari Rusia dan saya boleh pergi ke mana mana negara, USA, Abu Dhabi, tak kisahlah, saya akan bertarung, 100% tiada masalah.”
“Sebelum ini pun saya setiap hari tanya Dana White, di mana lokasi pertarungan saya?”
“Ini bukan salah saya.”
“Namun ketika ini situasinya terlalu rumit, terlalu banyak persoalan yang saya tiada jawapan.”
“Saya faham ramai yang kecewa, kerana pertarungan ini adalah seperti pertarungan impian untuk peminat.”
“Ini juga pertarungan impian saya .”
“Saya pun rugi banyak duit juga. Saya pun rugi banyak benda sebab perkara ni. Kalau nak tahu, tiada orang lain yang kehilangan lebih banyak perkara daripada saya.”
“Saya pun nak bertarung. Kerana itu saya memilih pertarungan ini. Kerana ini adalah pertarungan yang sengit dan pertarungan untuk legasi.”
“Ini adalah pertarungan terbesar untuk peminat, pertarungan terbesar dalam UFC buat masa ini.”
“Boleh sahaja saya nak bertarung pertarungan mudah menentang ‘ayam’. Namun saya memilih pertarungan sukar.”
“Dan semua yang berlaku kini, saya tidak ada kuasa mengawalnya.”