Khabib Masih Tak Sedia Nak Berjabat Tangan Dengan McGregor Kerana….

Khabib Nurmagomedov menyatakan beliau masih belum bersedia untuk berjabat tangan dengan Conor McGregor setelah apa yang dilakukan oleh petarung itu ke atasnya,

McGregor telah banyak menghina Khabib termasuk menyerang secara peribadi agama dan keluarganya.

Tidak cukup dengan itu, McGregor turut menyerang bas yang dinaiki oleh Khabib Nurmagomedov dan membaling kerusi ke arah bas.

Khabib kemudiannya menewaskan McGregor dalam pertarungan UFC. Dan pertarungan menjadi kecoh apabila Khabib menyerang kem McGregor.

Permusuhan antara Khabib dan McGregor terus berlarutan. Khabib secara terang-terangan menyatakan McGregor sebagai petarung yang terlalu banyak ‘trash talks’ dan membuatkan imej UFC terjejas di mata orang awam.

Khabib juga mengakui beliau terlalu emosi kerana termakan provokasi McGregor sehingga beliau hilang akal dan menyerang kem McGregor selepas pertarungan tamat.

Khabib menyatakan kekesalannya di atas tindakan emosi beliau melayan provokasi itu, ketika ditemuramah wartawan selepas pertarungan dengan Poirier.

Terbaru, Khabib menegaskan, buat masa ini, beliau masih belum bersedia untuk berjabat tangan dengan Conor McGregor.

Khabib berkata: “Saya belum bersedia mahu berjabat tangan dengan beliau (McGregor) pada masa ini.”

“Saya tak sedia. Kamu tahu, setiap orang buat kesilapan. Tiada manusia di dunia ini yang sempurna. Semua orang ada kelemahannya. Saya pun sama.”

“Apabila seseorang itu berterusan bertindak dengan cara menyakiti hati orang lain, saya merasakan itu sudah menjadi tabiat dia.”

“Kita tengok, baru-baru ini beliau menumbuk orang tua berusia 70 tahun,” jelas Khabib merujuk kepada insiden di sebuah pub.

“Itu menunjukkan dia seorang yang tidak ada moral dan adab, itulah tahap dia keseluruhannya.”

“Oleh sebab itu saya tak sedia lagi nak berjabat tangan dengan orang seperti dia, kecualilah dia menyedari sesuatu.”

Khabib menegaskan beliau sudah diajar untuk memaafkan orang lain. Beliau akan sentiasa terbuka untuk berjabat tangan dan memaafkan McGregor jika beliau meminta maaf dan menyesali perbuatannya.

“Jika beliau meminta maaf, saya akan sentiasa harus menerimanya, tidak kisah apa jua caranya dia meminta maaf.”

“Jika seseorang itu meminta maaf dan menerima hakikat bahawa dia memang salah, maka kita harus memaafkan mereka.”

“Dari sudut seorang petarung, itu perkara yang sudah lepas. Dan saya tidak perlu buktikan apa-apa lagi kepadanya.”

Khabib Nurmagomedov kemudian memberikan komen beliau ke atas cabaran oleh McGregor untuk perlawanan ulangan di UFC Moscow.

Namun Khabib menyatakan beliau akan mengutamakan lawan yang terbaik pada ketika ini, bukannya McGregor yang sudah lama tidak beraksi.

“Ya saya tahu ramai orang bisnes di sini yang mahu saya bertarung dengan McGregor. Kerana itu akan memberikan pulangan wang yang sangat tinggi.”

“Tetapi keutamaan saya adalah bertarung dengan petarung yang terbaik. Dan saya hanya boleh bertarung dengan beliau (McGregor) untuk kebaikan projek bercucuk tanam.”

Pertarungan dengan Khabib adalah pertarungan yang mempertaruhkan kejuaraan dunia. Maka beliau merasakan Tony Ferguson lebih berhak.

“Saya harus katakan bahawa Tony Ferguson lebih berhak. Kerana anda harus memberikan beliau kredit di atas apa yang telah beliau capai. Tony sudah 12 pertarungan menang berturut-turut. Sebab itu beliau lebih berhak daripada Conor.”

“Conor harus kembali semula, berhentilah memukul orang tua. Beliau petarung profesional dan harus kembali bertarung, menang dan mendapatkan kembali tempat beliau di kalangan yang terbaik.”

Dapatkan berita terkini di Telegram kami. Klik butang di bawah.