“Ini benar-benar gila,” itulah respon daripada pemegang tali pinggang kejuaraan UFC lightweight, Khabib Nurmagomedov. Ianya selepas Khabib mendengar McGregor menyerang orang awam.
Khabib percaya bahawa musuh utamanya, Conor McGregor harus dipenjara selepas menumbuk warga emas di sebuah pub.
Telah tular video di mana McGregor menumbuk seorang lelaki hanya kerana lelaki tersebut menolak pelawaannya untuk mencuba wiski Proper No.12 Irish Whiskey. Ianya adalah wiski jenama keluaran McGregor.
Lelaki warga emas itu memberikan respon: “Saya tidak akan sesekali minum air sampah ini. Dan saya tidak akan minum sebarang air yang kamu berikan.”
Ianya telah membuatkan McGregor bengang dan menumbuk warga emas tersebut. Khabib memberikan komen ke atas insiden itu. Menurut Khabib, tindakan McGregor itu adalah tidak bermoral dan boleh merosakkan imej UFC serta para atlet sukan tempur yang lain.
Conor McGregor slaps pintman Paddy Losty in Dublin bar… pic.twitter.com/KyUkq3joIv
— NostrilShorts (@NostrilShorts) August 16, 2019
Khabib Nurmagomedov meminta agar polis menyumbat sahaja McGregor ke penjara. “Orang seperti ini, mereka harus ke penjara. Dia tahu erti menghormati orang lain.”
“Ini tidak baik untuk sukan (MMA). Ada beberapa jasa beliau kepada sukan ini yang beliau lakukan dengan baik. Namun sekarang, beliau seperti seorang yang sudah hilang akal dan ianya gila.”
“Kerajaan perlu ‘membelasah’ beliau pula. Itu pandangan saya. Ini kerana saya sangat marah apabila mendapat tahu dia membumbuk orang tua. Hari ini dia belasah orang tua, esok? apa pula?”