Khabib Nurmagomedov dilaporkan sudah menerima tawaran untuk berlawan dengan Floyd Mayweather dalam gelanggang tinju.
Pengurus peribadi kepada Khabib Nurmagomedov, iaitu Ali Abdelaziz telah menggemparkan ramai pihak dengan kenyataan itu.
Jika benar ia berlaku, bermakna pertarungan Khabib dengan Tony Ferguson pastinya akan ditunda ataupun dibatalkan.
Khabib sebelum ini menolak untuk bertarung dengan Conor McGregor. Sebaliknya beliau lebih fokus kepada lawan seperti Tony Ferguson untuk perebutan tali pinggang kejuaraan.
Namun begitu, sebelum ini Floyd Mayweather sudah beberapa kali memberikan isyarat bahawa beliau mungkin akan keluar dari persaraan.
Dan tidak lama selepas itu Mayweather menegaskan beliau ada projek khas dengan bos UFC iaitu Dana White.
Nama lawan Mayweather yang seterusnya tidak lagi dinyatakan. Namun pengurus kepada Khabib sudah mendedahkan bahawa Khabib adalah lawan Mayweather yang seterusnya.
Abdelaziz memberikan bayangan bahawa pertarungan itu akan berlangsung di Arab Saudi.
Dan beliau juga menyatakan bahawa ianya adalah acara PPV pada Januari 2020.
“Perkara ini memang perancangan asal, tetapi ayahanda besar sukan tempur pada hari ini, Dana White membuatkan Floyd Mayweather agar menyembunyikannya sedikit.”
“Kami bertiga sudah tahu apa yang akan berlaku. Namun saya berbesar hati melihat Dana White dan Floyd Mayweather akhirnya berjaya mendapatkan promoter terbaik untuk pertarungan ini.”
This was originally planned but the big Dady of combat sport today @danawhite make @floydmayweather hide for a lil bit . 3 of us knew what happened but to be honest I’m glad to see @danawhite with @floydmayweather finally got a good promoter to promote his fights pic.twitter.com/0USz7cX14U
— Ali Abdelaziz (@AliAbdelaziz00) November 23, 2019
Ramai peminat berbelah bagi dengan pertarungan ini. Ada yang menyatakan Khabib seharusnya kekal dengan pendirian untuk bertarung dengan orang seperti Tony Ferguson untuk kejuaraan.
Oleh itu mereka berharap ini hanyalah gimik ataupun tidak akan direalisasikan.
UFC beberapa kali memberikan bayangan bahawa pertarungan Khabib dan Ferguson bakal dianjurkan pada sekitar Mac 2020. Ini kerana Khabib masih lebih dalam tempoh berehat selepas pertarungan dengan Dustin Poirier.
Ada peminat Khabib yang kecewa jika pertarungan dengan Mayweather ini diteruskan. Kerana bagi mereka ia hanyalah untuk mengaut wang.
Ramai juga menasihatkan Khabib jangan nak menjadi alat yang digunakan oleh Dana White dan juga Floyd Mayweather yang lebih fokus untuk mengaut wang daripada pertarungan itu.
Bagi mereka Floyd Mayweather dan Dana White memang saling memerlukan kerana kedua-duanya mata duitan.
Namun begitu, perkara ini masih belum rasmi lagi. Kerana Mayweather turut dikaitkan dengan ramai petinju dan petarung UFC yang lain termasuk Manny Pacquiao, KSI, Logan Paul dan Conor McGregor.
Kontrak dengan Pacquiao sebelum ini menemui kesulitan selepas Mayweather hanya mahukan pertarungan pertunjukkan di Jepun bukannya aksi kompetitif.
Pacquiao mahu meleburkan rekod tanpa kalah Mayweather di gelanggang tinju.
Adakah Khabib Nurmagomedov akan bertarung dengan Floyd Mayweather di gelanggang tinju pada Januari akan datang?
Apa pula pandangan anda, adakah anda setuju dengan pertarungan di antara Khabib dan Mayweather ini?