Khabib Nurmagomedov berjaya menewaskan Dustin Poirier dalam aksi UFC 242 dengan submission. Ini sekaligus melebarkan lagi rekod kemenanga Sang Helang kepada 28-0.
Apa yang menarik, Khabib memberikan penghormatan kepada lawannya, termasuk meminta bertukar baju bagi membantu Dustin Poirier mengumpul dana untuk The Good Fight Foundation (TGF).
TGF merupakan yayasan kebajikan yang ditubuhkan oleh Dustin dan isterinya Jolie bagi membantu mereka yang memerlukan.
Tamat pertarungan Khabib memberikan komen beliau tentang apa yang berlaku. Wartawan bertanya tentang derma kebajikan yang dibuat oleh Khabib.
Khabib menegaskan itu bukannya derma yang dikumpul pihaknya, tetapi ianya derma yang dikumpul oleh Dustin Poirier.
Khabib menjelaskan beliau hanyalah membantu dan menyokong usaha itu. Khabib enggan media meletakkan namanya dalam usaha murni Dustin itu.
“Tidak, ini bukan kutipan derma daripada kami, ini derma daripada Dustin Poirier.”
“Saya hanya cuba membantu beliau menjual baju t ini. Kerana saya mendengar, beliau ada mengumpul dana kebajikan.”
“Saya akan jual baju ini. Apabila ada seseorang membelinya, saya akan berikan wang itu kepada beliau (Dustin), untuk beliau gunakan bagi menggerakkan beberapa kerja (kebajikannya).”
Adakah anda ada masalah dalam pusingan kedua?
“Tidak. Hanya ada satu detik yang beliau hampir buatkan saya hampir (kalah) adalah gerakan guillotine.”
Wartawan kemudian bertanya: “Khabib, kita semua biasa melihat pemain-pemain bola sepak bertukar-tukar baju sebagai tanda penghormatan antara satu sama lain. Kamu melakukan perkara yang sama dengan Dustin Poirier untuk menunjukkan kamu sangat menghormati Dustin Poirier.
Khabib menjawab: “Sebab sukan ini adalah tentang hormat antara satu sama lain. Perkara nombor satu dalam sukan Mixed Martial Arts (MMA) adalah ‘respect’.”
“Apabila kamu masuk ke gym, anda perlu ada tahu apa itu hormat.”
“Dulu saya menjadi guru combat sambo kepada kanak-kanak. Selama 4 tahun dari 2008 sehingga 2012. Perkara pertama saya ingatkan kepada budak-budak saya adalah, kamu harus menghormati gym, rakan sparring, rakan sepasukan, jurulatih, serta semua orang.”
“Sukan MMA ini adalah berkaitan ‘respect’. Kamu tidak boleh gunakannya di luar, di jalanan. Anda kena hormati orang lain dan melindungi semua orang (dengan ilmu kamu ada).”
“Sukan ini berkaitan respect bukannya cakap sampah (trash talking). Sebab itu saya sangat menghormati pertarungan kali ini. Sebab kami semua saling menghormati.”
“Cuma, dalam pertarungan sebelum ini, saya berlawan dengan orang ini (McGregor) ianya menjadi di luar kawalan. Ini semua kerana dia.”
“Saya tegaskan bahawa sukan ini perlukan kita saling hormat menghormati.”
Khabib dalam ucapan kemenangan beliau turut menyatakan perkara yang sama. Di mana setiap orang dalam MMA perlu saling menghormati, dan saling menyokong usaha murni yang atlet MMA lakukan, walaupun mereka adalah lawan ataupun seteru.
Ditanya tentang pertarungan dengan Tony Ferguson selepas ini. Khabib menyatakan beliau tidak akan memikirkan pertarungan itu, kerana mahu berehat dahulu.
“Fokus saya seterusnya adalah makan dan berehat,” jelas Khabib dalam nada berseloroh.
“Takkan kamu nak suruh saya masuk ‘cage’ lagi esok.”
“Tolonglah bagi saya sedikit masa bertenang selepas 2 tahun yang sangat sibuk dalam karier saya.”
"Dustin's guillotine was deep!"
"This sport is about respect, not trash-talk."
28-0, undisputed champion 👊
Khabib Nurmagomedov reflects on a dominant performance in the main event at #UFC242 pic.twitter.com/dBlR78B32L
— UFC on BT Sport (@btsportufc) September 7, 2019
“Berikan saya masa berehat sekejap, mungkin untuk beberapa hari (untuk komen tentang perkara itu).”
Khabib kemudian memberikan penghargaan kepada pasukan dan jurulatih beliau. Bagi Khabib tanpa mereka dan juga rakan ‘sparring’ yang bagus, mustahil untuk beliau mencapai apa yang beliau ada.