Khabib Hanya Gembira Menang Ketika Menewaskan McGregor

Petarung UFC, Khabib Nurmagomedov menyatakan, beliau tidak pernah terlalu menikmati kemenangan di lapangan UFC, kecuali ketika menewaskan Conor McGregor.

Selain dariapda itu, beliau tidak begitu teruja untuk meraikannya. Kerana Khabib mahu menghormati lawannya yang kalah. Jika terlalu bercakap lebih tentang kemenangan itu, ia seakan-akan tidak menghormati lawan.

Oleh sebab itu, Khabib menyatakan beliau akan sentiasa cepat-cepat untuk ‘move on’ dan tidak mahu wartawan terlalu bertanya tentang kemenangan beliau kepada mana-mana lawan.

Misalnya, ketika menang ke atas Dustin Poirier. Sebaik sahaja menang, Khabib terus meminta baju lawannya itu bagi membantu Poirier dalam usaha mengumpul dana kebajikan.

Namun ia berbeza dengan kemenangan ke atas Nurmagomedov. Khabib menganggap itulah satu-satunya kemenangan yang beliau puas dan nikmati.

Khabib Nurmagomedov menewaskan Conor McGregor pada UFC 229, 2018 yang lalu. Khabib berjaya memenangi UFC Lightweight Championship.

Khabib Nurmagomedov menang dengan neck crank dan memaksa Conor McGregor tap out dalam kekalahan ini.

Bercakap kepada MMA, Khabib mendedahkan kenapa beliau sangat menikmati kemenangan itu.

“Sejak awal, apabila saya mulai memenangi pertarungan, ia memberikan kita kepuasan tersendiri. Ya kamu akan menikmatinya.”

“Namun dalam beberapa tahun kebelakangan ini, saya tidak lagi menikmatinya. Saya memenangi beberapa pertarungan di gelanggang, namun ia tidak memberikan saya kegembiraan sebenar. Jujur saya katakan kepada kami.”

“Kecuali satu pertarungan iaitu menentang Conor McGregor, boleh kata begitu”

“Baiklah, dalam pertarungan itu, saya menewaskan orang ini (Conor McGregor) dengan kegembiraan yang amat sangat, saya beritahu kamu.”

“Saya ada banyak pertarungan di dalam karier dan saya faham, ada gerakan saya boleh membuatkan lawan saya lebih sakit. Ketika saya melihat lawan saya terlalu sakit, saya memberitahu mereka untuk menyerah kalah, kerana tak mahu mereka cedera teruk.”

“Contohnya, jika saya mengunci lawan saya terlalu kuat, saya risau ia boleh menyebabkan tulang mereka patah. Saya akan perlahan-lahan mengurangkan kekuatan kunci itu, dan saya hanya mahu lawan saya untuk tap out dan bukannya cedera teruk.”

“Saya tidak mahu menyakitkan sesiapa dalam sukan seperti ini. Saya tahu, kami semua terlibat dalam sukan pertarungan yang ganas. Namun tak pernah sekali saya berniat mahu mencederakan lawan saya.”

“Cukuplah apabila saya tahu saya dah nak menang, saya tidak akan cuba untuk melakukan submission yang lebih kuat untuk mengelak daripada mencederakan lawan saya. Kecuali 1 pertarungan itulah.”

Khabib ketika itu sangat marah dengan McGregor yang berterusan mencabarnya dengan membabitkan keluarga dan agamanya.

Khabib juga menyatakan beliau mendengar Conor McGregor bersungguh-sungguh mahu bertemu kembali dengan beliau di Octagon dalam rematch.

Namun Khabib tidak melayannya dan berpendapat, Conor McGregor perlu menang 10 pertarungan lagi untuk bertemu kembali dengannya.

Khabib tidak mahu ada petarung UFC yang diberikan jalan pintas untuk berjaya, sesiapa sahaja. Ini kerana orang lain juga berhak untuk mendapatkan tali pinggang kejuaraan apabila mereka sudah cemerlang bertarung dalam beberapa pertarungan.

Sebaliknya, McGregor sudah bertahun tidak terlibat dalam pertarungan. Sibuk dengan perkara lain. Tak akanlah, masuk kembali terus berebut tali pinggang kejuaraan?

Dapatkan berita terkini di Telegram kami. Klik butang di bawah.