Khabib Guna Jurus Triangle Choke Kerana Enggan Gaethje Dicederakan Di Hadapan Ibu Bapanya

UFC 254 merupakan medan terakhir buat Khabib Nurmagomedov untuk mencipta nama buat dirinya. Namun ia tidak bererti petarung MMA dari Rusia itu tidak boleh menunjukkan sisi lembutnya di oktagon ketika berhadapan dengan Justin Gaethje.

Menurut Daniel Cormier, Khabib sebenarnya boleh sahaja mencederakan Gaethje dan menamatkan pertarungan seawal pusingan pertama, namun tidak melakukannya kerana enggan lawannya itu dicederakan di hadapan ibu bapanya yang hadir ke Fight Island itu.

Cormier mendedahkan Khabib berkata beliau tidak akan membuatkan Gatehje mengalami kesakitan tanpa sebab dan jika tiada keperluan berbuat demikian – apatah lagi di hadapan pasangan Carolina dan John Ray Gaetjje.

Pada pusingan pertama pertarungan, Khabib berada di posisi untuk melakukan armbar, namun loceng penamat telah menganggu usaha beliau.

Perkara sama berlaku sebelum Gethje melakukan submission. Khabib berada di dalam posisi untuk melakukan armbar dan di posisi tersebut, petarung daru Rusia itu boleh mematahkan lengan lawannya untuk memaksa submission.

Namun setelah berminggu-minggu mengkaji lawannya dan menyaksikan temuramah yang dihadiri Gaethje, Khabib yakin lawannya itu berdegil untuk berbuat demikian.

Ini menyebabkan Khabib menukar strategi, dan mengunakan jurus triangle locked untuk memaksa lawannya itu melakukan submission.

Dalam satu temubual dengan DC & Helwani, Cormier mendedahkan:

Beliau [Khabib] beritahu saya telah menonton banyak temuramah wartawan dengan Gaethje sepanjang minggu. Beliau lihat bagaimana Gaethje berkata tidak akan menyerah kalah.

“Jadi apabila beliau mahu memaksa lawannya melakukan submission, beliau berkata akan melakukan submission yang paling digemari oleh ayahnya. Mulakan dengan armbar, dan kemudian beralih kepada triangle.

“Apabila dia berjaya melakukan armbar, dia teringat akan temubual oleh Gaethje dan memilih untuk tidak mencederakan lawannya itu di hadaoan kedua-dua ibu bapanya.”

Khabib Nurmagomedov yang terkenal dan cekap dengan ground fight telah diberikan tentangan hebat oleh Justin Gaethje pada pusingan pertama.

blank

Serangan Gaethje banyak difokuskan kepada kaki kiri Khabib bagi melemahkan kesimbangan pertarung lagenda itu dan taktik Gaethje itu memberi impak pada pusingan pertama.

Namun Khabib seorang petarung berhati kering tidak menunjukkan sebarang reaksi dan membalas segala serta menyerap asakan dengan kental sekali.

Di penghujung pusingan pertama, Khabib telah berjaya melakukan satu jatuhan kepada Gaethje dan cuba melakukan submission namun masa mencemburui.

Pusingan kedua menyaksikan Gaethje semakin agresif melakukan tendangan ke kaki Khabib dan memaksa Khabib beraksi lebih agresif dan melakukan jatuhan kali kedua.

blank

Tiada maaf bagimu kali ini dari Khabib, juara dunia Lighweight yang telah mencatatkan 10 pertarungan sebelum ini melalui submission dalam karier MMA.

Jurus Triangle Choke telah dilancarkan Khabib dengan mencekik leher Justin Gaethje dengan kakinya dan memaksa Gaethje melakukan tap tanpa mengaku kalah.

Cubaan Gaethje mengangkan dan menghempas Khabib bagi melepaskan diri dari Triangle Choke gagal, selepas 4 kali membuat tap barulah pengadil menyedari Gaethje mengalah.

 

Dapatkan berita terkini di Telegram kami. Klik butang di bawah.