Khabib Dedah Bahagian Kaki Yang Patah, 16 Hari Sebelum Pertarungan Menentang Gaethje

Khabib Nurmagomedov telah mendedahkan bahagian kakinya yang patah 16 hari sebelum beliau menewaskan Justin Gaethje di UFC 254.

Petarung MMA tidak terkalah dari Rusia itu tidak menunjukkan dirinya terkesan dengan kecederaan tersebut dan memaksa lawannya melakukan submission untuk memastikan kemenangan.

Selepas kemenangan tersebut beliau turut mengejutkan dunia MMA dengan mengumumkan persaraan selepas berjanji dengan ibunya untuk berbuat demikian, dan ketiadaan ayahnya yang meninggal dunia pada Mei lalu.

Dan semalam Khabib telah berongsi gambar kakinya yang cedera di Insagram. Salah satu dari gambar tersebut adalah hasil keputusan x-ray bahagian kakinya yang patah, dan juga kakinya yang membengkak akibat kecederaan tersebut.

Tidak dapat dipastikan sejauh mana kecederaan tersebut telah memberi kesan kepada latihan yang dijalaninya menjelang UFC 254.

Presiden UFC, Dana White adalah individu pertama yang mendedahkan mengenai kecederaan tersebut dalam sidang media selepas pertarungan tersebut berlangsung.

“Setelah apa yang beliau lalui, kita sebenarnya amat bertuah untuk menyaksikan beliau bertarung pada malam ini.

“Dan saya mendengar khabar angin mengenai perkara yang saya sendiri tidak tahu dan anda sendiri akan mendengarnya daripada dirinya sendiri apabila dia keluar nanti.

“Sebenarnya dia dimasukkan ke hospital kerana patah kaki. Tiga minggu yang lalu.

“Dia mengalami dua jari kaki yang patah dan juga tulang pada kaki, itulah perkara yang dimaklumkan kepada saya dari kem beliau.

“Beliau adalah salah seorang lelaki paling lasak di dalam planet dan merupakan petarung No,1 pound-to-pound di dunia.”

Dalam pertarungan di UFC 254, Khabib telah banyak menyerap serangan pada kaki dari Gaethje, namun kakinya yang mengalami kecederaan tersebut seperti tidak terkesan.

Ianya mungkin menjadi isu buat Khabib jika pertarungan berlarutan ke pusingan-pusingan seterusnya.

Bagaimanapun The Eagle berjaya menewaskan lawannya itu seawal pusingan kedua melalui triangle choked yang memaksa Gaethje menyerahkan submission.

Menurut Daniel Cormier, Khabib sebenarnya boleh sahaja mencederakan Gaethje dan menamatkan pertarungan seawal pusingan pertama, namun tidak melakukannya kerana enggan lawannya itu dicederakan di hadapan ibu bapanya yang hadir ke Fight Island itu.

Khabib Nurmagomedov yang terkenal dan cekap dengan ground fight telah diberikan tentangan hebat oleh Justin Gaethje pada pusingan pertama.

Serangan Gaethje banyak difokuskan kepada kaki kiri Khabib bagi melemahkan kesimbangan pertarung lagenda itu dan taktik Gaethje itu memberi impak pada pusingan pertama.

Namun Khabib seorang petarung berhati kering tidak menunjukkan sebarang reaksi dan membalas segala serta menyerap asakan dengan kental sekali.

Jurus Triangle Choke telah dilancarkan Khabib dengan mencekik leher Justin Gaethje dengan kakinya dan memaksa Gaethje melakukan tap tanpa mengaku kalah di pusingan kedua.

 

 

 

 

Dapatkan berita terkini di Telegram kami. Klik butang di bawah.