Khabib Kongsi Situasi Bapanya, Ramai Saudara Mara Lain Telah Meninggal Dunia

Juara lightweight UFC, Khabib Nurmagomedov mengesahka ayahnya kini berada di dalam keadaan tenat selepas disahkan dijangkiti wabak korona. Beliau turut mendedahkan telah hilang beberapa saudara mara akibat penularan wabak tersebut.

Abdulmanap Nurmagomedov memainkan peranan yang cukup besar dalam membina kejayaan anaknya dalam bidang mixed martial art. Beliau adalah individu yang bertanggungjawab melibatkan Khabib ke dalam sukan gusti sejak kecil lagi.

View this post on Instagram

🤲

A post shared by Khabib Nurmagomedov (@khabib_nurmagomedov) on

Sehingga kini, Khabib belum pernah tewas dalam semua 28 pertarungan profesional yang dilaluinya.

“Ada banyak perkara ditulis di internet mengenai ayaj saya. Ayah saya pada ketika ini berada di hospital. Beliau berada dalam keadaan kritikal akibat dijangkiti. kata Khabib melalui Instagram.

“Ia memberikan kesan kepada jantung, kerana pada tahun lalu beliau menjalani pembedahan. Sekarang, mereka terpaksa melakukan satu lagi pembedahan.

“Beliau berada dalam keadaan sangat sukar, amat sukar. Kami memohon kepada Allah untuk kembalikan dia kepada kami.”

Petarung UFC berasal dari Dagestan itu juga berkata ahli keluarga beliau yang lain turut dijangkiti wabak yang sama.

“Secara peribadi, saya ada 20 ahli keluarga yang turut dijangkiti,” tambah Khabib.

“Lebih 20 sedang terbaring di ICU, dan ramai di kalangan mereka tidak lagi bersama kami. Ramai saudara telah meninggal dunia. Ibu bapa kepada saudara mara, semua orang mengalami saat yang amat sukar.”

Banyak laporan berbeza telah tersebar sebelum kenyataan dari Khabib sendiri semalam. Ada yang mengatakan Abdulmanap diletakkan di dalam keadaan koma, dan ada yang melaporkan beliau diserang sakit jantung dan stroke.

Khabib yang merupakan seorang muslim dan sedang melalui ibadah puasa sepanjang Ramadan ini turut menasihatkan orang ramai menjaga penjarakan sosial.

“Kekal berada di rumah, bersembahyanglah di rumah. Jangan alu-alukan tetamu. Jangan jadikan diri anda tetamu. Ia situasi yang sukar sekarang,” tambahnya lagi.

 

 

Dapatkan berita terkini di Telegram kami. Klik butang di bawah.