Khabib Ajar Peminatnya Cara Untuk Membelasah Fighter UFC Yang Merampas Kekasihnya

Nama Khabib Nurmagomedov terus menjadi sebut sebutan bukan sahaja dari kalangan peminat sukan MMA, bahkan namanya disebut oleh ramai pihak.

Mungkin ianya kerana keperibadian yang beliau pamerkan dan mungkin juga namanya terus menjadi sebutan setelah beliau mengumumkan persaraannya dengan mencipta rekod yang luar biasa cemerlang dalam kariernya bersama UFC.

Pada hujung minggu lalu, Khabib telah bertemu seorang peminat dan beliau telah di temu bual oleh peminatnya itu yang mahu belajar MMA dengannya.

Peminatnya itu mahu belajar MMA kerana beliau mahu membelasah Jorge Masvidal yang dituduh telah meniduri teman wanitanya.

Khabib yang dilihat sangat santai ketika itu telah memberi saranan yang agak lucu kepada peminatnya itu supaya beliau membeli seekor anjing untuk dibawa bertarung dengan Jorge Masvidal.

“Saya mahu menjadi seorang petarung, ianya sejak baru-baru ini apabila teman wanita saya ada parti di Miami dan dia akhirnya tidur bersama Jorge Masvidal. Jadi sekarang saya mahu betarung dengan dia.”

“Jadi apa yang kamu rasa perkara paling penting saya perlu lakukan untuk memulakan latihan jika saya mahu membelasah dia nanti.”

Jelasnya kepada Khabib.

Khabib yang ketika itu terpinga-pinga terus bertanya kepadanya berapa umur beliau, dan peminatnya itu menjawab beliau sudah berusia 26 tahun.

“26? Ianya sudah terlalu tua untuk semua ini.”

Peminatnya itu kemudiannya tetap dengan pendirian beliau untuk berlatih dan mahu membelasah Jorge Masvidal.

“Saya fikir uhhhhh kamu harus membeli seekor anjing.”

Jawab Khabib sambil memberi cadangan kepada peminatnya itu supaya membeli seekor anjing untuk dibawa pergi membelasah Jorge Masvidal

Peminatnya itu kemudian bertanya semula kepada Khabib mengapa perlu seekor anjing dan adakah ianya kerana beliau tidak akan mampu untuk menewaskan Jorge.

“Seekor anjing? Adakah kerana saya tidak akan menang melawan dia?”

Khabib kemudia dengan spontan menjawab:

“Dengan anjing ya dan kamu akan berpeluang.”

Peminatnya kemudian meminta pendapat untuk terus menyerang Jorge Masvidal dengan menyatakan:

“Saya bangun setiap pagi saya berlatih menggunakan lutut saya, adakah saya boleh pergi serang dia dekat restaurant dan terus hentaknya dengan lutut.”

Khabib yang keliru dengan keadaan ketika itu hanya memberi saranan kepada peminatnya itu supaya mencuba saja tetapi untuk lebih selamat bawa lah seekor anjing.

” Ya ya kamu boleh cuba itu, tapi dengan anjing saya rasa lebih bagus, pergilah dapatkan seekor anjing pitbull ke”

Khabib Nurmagomedov minggu lalu cemerlang menewaskan lawannya Justin Gaethje di acara UFC 254 dan mencipta rekod baru dalam kariernya dengan mencatatkan 29 kemenangan tanpa kekalahan.

Sebaik tamat perlawanan Khabib telah mengumumkan persaraannya kerana beliau telah berjanji dengan ibunya bahawasanya perlawanan pada ketika itu merupakan pertarungan terakhirnya.

“Alhamdulillah tuhan memberikan saya segalanya. Terima kasih kepada mereka ini, mereka ini telah bersama saya dan ayah saya selama lebih 20 tahun. Terima kasih kepada semua team saya, pada hari ini saya mahu mengumumkan bahawa ini adalah pertarungan terakhir saya.”

“Dan tidak mungkin saya akan ke sini dengan tiada ayah saya, ianya merupakan pertama kali. Selepas apa yang berlaku ke atas ayah saya, dan ketika UFC menghubungi saya tentang Justin, saya bercakap dengan ibu saya pada hari itu, adakah saya patut berlawan tanpa ayah saya.”

“Saya juga berjanji kepada ibu saya bahawa itu adalah perlawanan terakhir saya, dan bila saya sudah melafazkannya saya harus penuhinya.”

Berita persaraannya diterima dengan penuh kesedihan oleh para peminat yang masih mahu melihat beliau bertarung.

Namun terdapat juga laporan terbaru yang menyatakan bahawa Khabib sebenarnya mengumumkan persaraannya kerana beliau beremosi dan hakikatnya beliau masih mahu bertarung lagi di atas gelanggang UFC.

Dapatkan berita terkini di Telegram kami. Klik butang di bawah.