Akibat tidak menurunkan Cristiano Ronaldo dalam perlawanan pemanas badan menengan K-Leagues All-Stars, Juventus kini dituduh menipu dan memperdayakan ramai mangsa ataupun ‘fraud’ serta ‘scammer’.
Sebelum ini, KFA (Korean Football Confederation) mengesahkan ada perjanjian khas dalam jelajah Juventus ke Korea Selatan, di mana Cristiano Ronaldo akan bermain sekurang-kurangnya 45 minit. Perkara itu telah membuatkan ramai peminat bola sepak di Korea Selatan membeli tiket perlawanan pertunjukkan itu.

Tetapi keadaan berubah menjadi tegang apabila para penyokong di dalam stadium kecewa kerana Cristiano Ronaldo tidak dapat bermain. Ada yang bersorak dengan ‘chant’ nama Lionel Messi dan juga menjerit: “Jangan pernah kamu jejak lagi kaki kamu ke Korea Selatan,” ditujukan kepada Ronaldo dan Juventus.
Maurizzio Sarri menyatakan pemain itu tidak dapat beraksi kerana ada sedikit kecederaan. KFA turut diserang oleh peminat yang menganggap mereka sudah ditipu.
Kenyataan rasmi oleh KFA (Korean Football Confederation) menerusi Naver Sports berbunyi:
“KFA sudah meghantar surat protes secara rasmi kepada Juventus pada 29 Julai. Namun mereka membalas lewat, surat balas itu hanya kami terima pada 31 Julai.”
“Umumnya, Juventus melakukan tugas dengan baik untuk tidak menghampakan para penonton yang hadir di dalam arena. Mereka tiba lewat pun kita faham kerana ia atas alasan teknikal iaitu, ketibaan lewat pesawat mereka. Seterusnya, mereka berhadapan dengan kesesakan lalu lintas.”
“Para pemain selebriti juga melayan para peminat dalam perjumpaan bersama peminat. Cuma satu masalah adalah Cristiano Ronaldo tidak dapat bermain dalam perlawanan seperti yang dijanjikan.”
“Itu sudah melanggar obligasi kontrak. Para pegawai perundangan KFA akan mengambil serius ke atas perkara yang berkaitan dengan perlanggaran kontrak.”
“KFA sudah memberikan janji kepada para peminat bahawa Cristiano Ronaldo akan bermain lebih 45 minit dalam perlawanan tersebut. Namun pemain itu tidak bermain walau seminit pun. KFA tidak perlu meminta maaf di atas perkara ini kerana kami tidak dapat menjelaskan perkara ini.”
“Kami juga tidak bertanggungjawab di atas kelewatan pasukan Juventus yang tiba sejam lewat di stadium. Juventus kemudian meminta permintaan yang tidak masuk akal, di mana mereka mahu setiap separuh masa hanya dimainkan 40 minit. Kami sangat kecewa dengan sikap Juventus.”
“KFA sekali lagi mengulangi bahawa kami belum menerima sebarang penjelasan dan permohonan maaf daripada Juventus. Juventus telah berbohong. Kami tidak meminta perlawanan ini ditunda ke 27 Julai daripada 26 Julai. Kami tidak mahu bermain dalam tarikh yang mengganggu jadual liga domestik, yang sudah dirancang lebih awal.”
“Akhir sekali, KFA menegaskan, KFA tegas menggesa Juventus untuk bertanggungjawab di atas sikap mereka, dan meminta maaf. Seterusnya, mereka perlu memberikan secara terperinci kenapa Ronaldo tidak dapat bermain?”
The #KoreanFA has slammed @juventusfcen and accused them of deceit over the @Cristiano controversy! ⚽😯🔥#KFA #Juventus #SerieA #CR7https://t.co/T9OmlyClBJ
— FOX Sports Asia (@FOXSportsAsia) August 1, 2019
“KFA sudah menghantar surat protes kepada Juventus.”
“Para penonton yang hadir tidak kisah dan faham kenapa Juventus tiba lewat di stadium disebabkan masalah kesesakan lalu lintas. Cuma mereka sangat kecewa dengan 1 perkara iaitu apabila Cristiano Ronalo tidak dapat bermain. Ini kerana ia jelas sekali melanggar kontrak.”
“Isu utama di sini, Juventus memberikan jaminan bahawa Cristiano Ronaldo akan bermain sekurang-kurangnya 45 minit, itu termaktub dalam kontrak. Tetapi pemain itu tak beraksi langsung walaupun seminit.”
“Juventus pula, langsung tidak mengeluarkan sepatah kata permohonan maaf sekalipun. Mereka langsung tiada penjelasan tentang apa yang berlaku. Mereka langsung tidak meminta maaf di atas kelewatan mereka dan juga di atas permintaan (bermain 40 minit dalam 1 half) yang kami anggap satu penghinaan.”
“KFA tidak boleh menerima tindakan Juventus yang sangat mengecewakan. KFA mengharapkan Juventus memberikan penjelasan, tetapi mereka berterusan memberikan alasan dan tidak bertanggungjawab. Mereka hanya menyalahkan keadaan trafik dan juga jadual perlawanan.”
“Pada 17 Jun, KFA dan penganjur perlawanan persahabatan telah memuktamadkan perjanjian dengan Juventus di pejabat KFA bersama penaja-penaja yang lain. Ketika itu KFA bertanya kepada Juventus, adakah ia menjadi satu kesulitan jika KFA meminta Cristiano Ronaldo bermain lebih 45 minit?”
“Pihak pegawai Juventus memberikan jaminan dan kami memeterai perkara itu dalam kontrak.”
“Kami sudah menganjurkan banyak sekali jelajah antarabangsa ke negara kami dan kami tidak risau tentang laluan penerbangan. Kami sudah ada persediaan untuk berhadapan dengan masalah kelewatan penerbangan.”
“Namun janji Juventus ternyata satu pembohongan, dan mereka langsung tidak meminta maaf di atas pembohongan ini.”
“Juventus menyatakan Ronaldo tidak dapat bermain kerana ada kesakitan pada otot, dialami pada perlawanan sebelumnya. Jika Ronaldo tidak dapat bermain, kenapa mereka meletakkan Ronaldo di bangku simpanan pemain. Berdasarkan laporan beberapa media rasmi jelajah ini, Juventus tahu Ronaldo perlu untuk berlari (untuk latihan pra musim). Ronaldo dan Sarri tahu akan perkara itu.”
“Juventus telah mengelak daripada bertanggungjawab bahawa hakikatnta Cristiano Ronaldo tidak bermain, dan itu melanggar kontrak.”
“KFA dengan ini sangat kecewa di atas kegagalan Cristiano Ronaldo beraksi dalam perlawanan ini.”
Pandangan kami, lain kali, janganlah buat kontrak mengarut-ngarut. Ini kerana pemain bola sepak itu manusia biasa, mereka boleh cedera dan juga keletihan daripada bermain. Peminat di Korea Selatan pula, jangan terlalu fanatik dengan pemain, sepatutnya utamakan pasukan. Mereka patut cuba berfikiran positif dan cuba faham kenapa Ronaldo tidak bermain.