Liverpool mencipta satu lagi kebangkitan luar biasa di Anfield. Pasukan bimbingan Jurgen Klopp itu kini sudah tidak kalah dalam kesemua 27 perlawanan Liga Perdana Inggeris musim ini.
Dalam aksi berhadapan dengan West Ham United, pasukan Liverpool pada satu ketika ketinggalan 1-2.
Pablo Fornals meletakkan pasukan bimbingan David moyes di hadapan pada awal separuh masa kedua. Beliau menewaskan Alison dengan satu rembatan daripada sentuhan pertama.
Namun apa yang pelik adalah, tiba tiba penyokong Manchester United berkunjung ke laman Twitter West Ham United dan merayu agar pasukan itu menang ke atas Liverpool.
Seolah olah keputusan daripada perlawanan ini ada kaitan dengan kempen mereka pasukan mereka dalam Liga Perdana Inggeris musim ini.
Ginger Ninja berjanji akan menggunakan gambar David moyes di dalam profil Twitternya jika Man United menang.
If west ham win this im changing my avi to this pic of David Moyes for a month pic.twitter.com/Ky3mhL1pNo
— ¹⁸ (@18GingerNinja) February 24, 2020
Anthony 1 pula menangis-nangis merayu agar vs m United menang perlawanan tersebut.
West Ham I beg use win😭
— Anthony1 (@ManLikeAnthony1) February 24, 2020
Ramai lagi penyokong United yang menyatakan sokongan kepada West Ham.
Get in lads 🥵
— ᔕᕼEᘔᘔY 🇵🇰🏴 (@Shezzy_10) February 24, 2020
Ada yang berjanji akan membeli jersi West Ham United jika mereka menang perlawanan ini.
If ye win I'm buying your jersey
— butlerryan2146 (@butlerryan21461) February 24, 2020
Malang sekali pasukan West Ham United gagal untuk memenangi perlawanan tersebut.
Liverpool bangkit dengan 2 gol daripada Mohamed Salah dan juga Sadio Mane dan menang 3-2.
Kenapa ramai fans United berjaga demi West Ham?
Persaingan di dalam bola sepak itu adalah perkara yang biasa. Jadi kita faham kenapa fans Manchester United sangat terdesak mahukan West Ham United menang perlawanan ini.
Hal ini kerana mereka baru sahaja menang 3-0 ke atas Watford.
Mungkin mereka mahu Liverpool keciciran mata untuk membolehkan skuad bimbingan Ole Gunnar Solskjaer itu memintas Liverpool pada carta liga?
Jika dilihat pada carta kedudukan liga Liverpool sudah layak ke Liga Juara Juara Eropah.
Jadi agak mustahil bagi seorang manusia yang waras masih memikirkan soal persaingan dengan Liverpool untuk ke slot Liga juara-juara Eropah musim hadapan.
Cuma yang belum disahkan oleh Liverpool sekarang ialah kejuaraan Liga. Di mana pasukan itu perlu menang sekurang-kurangnya empat lagi perlawanan.
Ternyata para penyokong Manchester United masih meletakkan keyakinan kepada pasukan mereka. Itulah semangat Manchester United yang tidak dapat dijelaskan dan tidak difahami oleh peminat-peminat pasukan lain.
Mereka kini cuma hanya dibezakan dengan 38 mata daripada Liverpool di tangga teratas.
Namun mereka sebenarnya lebih dekat dengan West Ham yang berada di zon penyingkiran yaitu dengan beza 17 mata di antara kedua-dua kelab.
Ketika Twitter West Ham United mengumumkan keputusan akhir perlawanan, ternyata peminat Manchester United tiba-tiba hilang daripada kemeriahan di laman Twitter tersebut.
Liverpool take the points.#LIVWHU
— West Ham United (@WestHam) February 24, 2020
Liverpool kembali menjarakkan diri 22 mata daripada pasukan Manchester City.
Pemain Manchester United sendiri iaitu, Paul Pogba, mengakui bahawa pasukan Liverpool musim ini berhak untuk menjadi Juara.
Beliau menegaskan bahawa sebagai seorang pemain Manchester United mereka sentiasa kecewa apabila melihat pasukan lain yang menang, selain daripada mereka.
Ini terutama sekali apabila Liverpool kerana permusuhan di antara kedua-dua kelab tersebut.
Walaubagaimanapun Paul Pogba menegaskan, sebagai seorang pemain yang ada semangat hormat-menghormati sesama pesaing, serta seorang peminat yang meminati bola sepak, maka beliau menyatakan bahawa pasukan Liverpool selayaknya menjadi Juara.