Bruno Fernandes merupakan seorang pemain handalan yang beraksi untuk kelab terhebat di dunia iaitu Manchester United.
Beliau antara pemain yang seringkali dimasukkan untuk menyelamatkan pasukan Manchester United dalam aksi seperti piala carabao dan sebagainya.
Dalam aksi berdepan dengan West Ham, Bruno Fernandes dimasukkan pada separuh masa kedua untuk membantu mengubah nasib pasukannya yang sedang ketinggalan.
Malangnya beliau gagal walaupun sudah mencuba sedaya upaya serta memikir sedalamnya, untuk membuat keputusan, haruskah aku berterus terang jujur dalam perbuatan.
Bruno Fernandes kemudian membuat aksi kelakar yang tak masuk akal dengan mencuri bola yang dijatuhkan pengadil untuk restart.
Dia dengan bersemangat waja tanpa pedoman terus berlari dan menjaringkan gol.
Walaupun kelakuannya itu kelihatan kelakar namun ramai yang faham bahawa sekarang ini Bruno bukan lagi pengambil sepakan percuma utama kelab sejak kehadiran Cristiano Ronaldo.
Jangankan nak buat jaringan solo, nak ambik sepakan percuma dan penalti pun dah milik CR7 yang kacak.
Lalu mereka merasakan Bruno menggunakan kesempatan semasa ketiadaan Ronaldo untuk mengambil kesempatan daripada situasi seperti itu.
Bruno Fernandes stealing a goal in the absence of Cristiano Ronaldo. Desperation 😂😂pic.twitter.com/LLnhhs951o
— TeeJay G. (@tee_jay67) September 22, 2021
Bruno tanpa segan silu melakukan aksi yang boleh menimbulkan aib kepadanya. Ramai yang simpati kerana jelas sekali Bruno dan Manchester United sangat terdesak.
Ole hanya mampu tersenyum kesipuab melihat aksi Bruno itu.
Desperation from Bruno Fernandes and Man United is sickening
😂pic.twitter.com/35iVu5qd4u— Cannos! (@Lewanjoski) September 22, 2021
Manchester United dilihat sengaja kalah dalam perlawanan ini kerana tidak mahu misi kejuaraan liga mereka diganggu oleh jadual terlalu padat terutama sekali piala Mickey mouse ini.