Ketahui Peraturan ‘Tie-Breaker UEFA’ Yang Menghumban Man Utd Ke Europa League

Kekalahan 3-2 Manchester United kepada RB Leipzig pada awal pagi tadi bermakna cabaran anak buah Ole Gunnar Solksjaer di pertandingan Champions League sudah berakhir.

Ini juga bermakna skuad The Red Devils menduduki tangga ke-3 Kumpulan H, sekali gus akan beraksi di Europa League selepas ini.

Timbul pula kekeliruan di kalangan peminat dan penyokong bola Manchester United, mengapakah kelab kesayangan mereka tersingkir ke Europa League walaupun memiliki perbezaan jaringan yang lebih baik berbanding PSG.

PSG dan Manchester United masih terikat dengan 9 mata. Menurut komen yang kami perolehi, ramai juga yang yakin Man United masih mempunyai peluang untuk mara sekiranya Istanbul Basaksehir mengejutkan PSG dalam perlawanan yang akan disambung semula kemudian.

Sebelum kita pergi lebih jauh, ayuh kita fahami peraturan tie-breaker oleh UEFA terlebih dahulu.

Peraturan tie-breaker UEFA

Peraturan oleh UEFA bagi perlawanan peringkat kumpulan boleh menjadi agak rumit untuk difahami. Secara asasnya untuk menentukan kedudukan di dalam kumpulan, UEFA menggunakan peraturan tie-breaker seperti berikut:

    • Jika terdapat dua atau lebih pasukan terikat mata, maka peraturan head-to head akan digunakan.
    • Jumlah kutipan mata daripada perlawanan head-to-head di kalangan pasukan yang terikat mata.
    • Perbezaan jaringan dalam perlawanan head-to-head melibatkan pasukan yang terikat.
    • Jumlah jaringan oleh pasukan dalam perlawanan head-to-head.
    • Jumlah gol di tempat lawan dalam perlawanan head-to-head.

Jika lebih dari dua pasukan terikat dengan mata yang sama dan tidak boleh dipisahkan melalui peraturan head-to-head di atas, maka peraturan tie-breaker di bawah akan digunakan.

  • Perbezaan jaringan di peringkat kumpulan.
  • Jumlah jaringan di peringkat kumpulan.
  • Jumlah jaringan tempat lawan di peringkat kumpulan.
  • Jumlah kemenangan di peringkat kumpulan.
  • Jumlah kemenangan di tempat lawan dalam peringkat kumpulan
  • Peraturan kad disiplin (red card = 3 points, yellow card = 1 point, 2 two yellow cards in one match = 3 points)
  • UEFA Co-efficient ranking (ranking liga oleh UEFA)

Peraturan sebegini sebenarnya bukan baru, dan telah diamalkan oleh kebanyakkan pertandingan anjuran UEFA dan FIFA yang lain.

Bagaimana situasi Manchester United?

Berdasarkan kedudukan terkini, Manchester United terikat 9 mata dengan PSG.

Walaupun kelab Ligue 1 itu belum beraksi perlawanan terakhir peringkat kumpulan akibat perlawanan yang ditangguhkan menentang Istanbul Basaksehir, mereka sudah pun mengesahkan kemaraan ke pusingan kalah mati dan menghumban Man United ke pertandingan Europa League.

Ini adalah kerana rekod pertemuan (Head-to-Haead) melibatkan PSG dan Man United. Dalam perlawanan pertama di Parc des Princess, PSG tewas 2-1 kepada Man United.

blank
Kedudukan terkini kedudukan Kumpulan H.

Namun dalam perlawanan yang diadakan di Old Trafford, Man United tewas 3-1 kepada lawan mereka itu. Secara agregat, PSG mempunyai kelebihan kerana menang 4-3.

Peraturan tie-breaker UEFA menjelaskan rekod pertemuan head-to-head akan diguna pakai terlebih dahulu untuk membezakan dua pasukan yang terikat mata.

Ini bermakna tidak kira apa keputusan pertemuan PSG menentang Istanbul selepas ini, ia tidak akan membantu Man United dan tidak akan menjejaskan kemaraan PSG.

Di dalam situasi ini, perbezaan jaringan (goal difference, GD) tidak lagi digunapakai.

Dapatkan berita terkini di Telegram kami. Klik butang di bawah.