Pemain dipinjamkan Manchester United ke AS Roma, Chris Smalling telah melakukan satu kesilapan yang menyebabkan gawang Roma dibolosi Bologna.
Chris Smalling telah menampilkan pestasi yang cemerlang, gemilang dan terbilang sejak perlawanan pertama lagi bersama pasukan Itali itu.
Kecemerlangan Smalling seolah-olah telah meniyakan bahawa gelaran Smalldini yang merujuk kepada Paolo Maldini itu satu realiti dan bukan satu jenaka.
Kalau tak kenal Paolo Maldini, maksudnya seseorang itu hanya mula menonton bola sepak selepas era Abramovich. Paolo Maldini merupakan lagenda AC Milan dan Itali.
Smalling at Smalling
the start of vs in 2020
the season pic.twitter.com/6YdMibUfFk— Saturnion (@Saturnion96) February 7, 2020
Bersama AC Milan, Maldini telah berkhidmat selama 24 tahun dengan lebih 650 perlawanan! Bersama Itali pula Maldini telah menabur bakti selama 14 tahun dari 1988 sehingga 2002.
Pertahanan kental ini mewarisi bakat bapanya yang juga bekas pemain AC Milan dan Itali, Cesare Maldini.
Antara detik terbaik Maldini ialah memenangi Serie A pada musim 1991-92 tanpa kalah di bawah bimbingan pewaris Arigo Saachi, Fabio Capello.
Langit tak selalu cerah dan setiap manusia tidak terlepas daripada melakukan kesilapan apatah lagi Smalling seorang pemain bola sepak.
Goal! Roma 0 : Bologna 1. Smalling mishap gifts Bologna lead to Rome when Orsolini left footed shot from the center of the box to the center of the goal. Assisted by Barrow. pic.twitter.com/qOF8u4twEG
— Lilian Chan (@bestgug) February 7, 2020
Smalling telah melakukan satu kesilapan yang tidak sepatutnya menyebabkan terhasilnya jaringan pembukaan buat Bologna.
Hantaran yang cukup manis daripada Musa Barrow menggunakan bahagian luar kaki itu seharusnya menjadi satu hantaran yang biasa.
Namun kesilapan Smalling dalam membuat bacaan kepada gerakan bola itu membuatkan beliau mati langkah dan mengundang padah.
Smalling hanya mampu melihat bola lalu dihadapannya dan pantas di sambar oleh Riccardo Orsolini untuk gol pertama.
Tidak lama selepas itu kegopahan Smalling dalam mengeluarkan bola hampir dihukum lagi namun penyudah pemain Bologna melepasi palang.
Enam minit selepas itu Stefano Denswil telah menjaringkan gol sendiri untuk gol penyamaan namun itu tidak cukup apabila Roma tewas 3-2.
Ini merupakan kesilapan pertama Smalling sejak hadir bermain bersama Roma dengan satu persembahan yang luar biasa melebihi jutawan L*x*r luarbiasanya.
Itu semua tidak mampu menghalang warganet untuk mentertawakan kesilapan Smalling itu.
Chris Smalling is now back to default settings 😂😂
— KEVIN KIMANI (@iamkevinkimani) February 8, 2020
He never left— we just stopped watching him week in, week out.
Roma’s conceded more goals this season than *we* have, in fewer games
— PK (@pk_185) February 7, 2020
Famm and people had the audacity to say he was our best centre back uno😂 I knew all along
— 🌊™️ (@RealistGlizzy) February 8, 2020
https://twitter.com/mb_the1/status/1225874993994706947
Semoga Smalling tabah selalu dan kembali cemerlang, kami di The Sukan sentiasa memberi sokong penuh kepada Smalling.