Kesebelasan Terbaik Premier League Berdasarkan Penilaian FIFA 21

Tiada nama seperti Harry Kane atau Pierre Emerick Aubameyang dalam kesebelasan terbaik premier league menurut dari penilaian FIFA 21.

EA telah mengumumkan senarai rating 100 pemain teratas dalam FIFA pada hari Khamis lalu dan penilaian tersebut mendapat perhatian dari Aubameyang, Aymeric Laporte dan Romelu Lukaku yang memberi komen di media sosial masing-masing.

Penyerang sensasi Arsenal dan peminat the Gunners berasa sangat kecewa selepas Aubameyang tidak dipilih dalam kesebelasan terbaik dalam saingan premier league.

blank

Sadio Mane, Mo Salah dan Sergio Aguero dinamakan dalam kesebelasan terbaik premier league musim lalu dan terpilih sebagai barisan serangan terbaik.

Kesemua barisan pemain tersebut dipilih dari pasukan yang berada di kedudukan empat teratas dalam saingan liga musim lalu.

Juara saingan Liga Perdana Inggeris musim lalu, Liverpool mempunyai enam orang pemain, diikuti Manchester City mempunyai tiga orang pemain serta Manchester United dan Chelsea masing-masing mempunyai seorang wakil.

Barisan pertahanan Jurgen Klopp memainkan peranan terbesar dalam kesebelasan terbaik premier league musim ini dengan empat dari lima benteng terakhir datang dari skuad Liverpool.

Hal tersebut kerana barisan pertahanan Liverpool musim lalu sering mendapatkan clean sheets dan kedua-dua full-back sangat berguna ketika membantu unit serangan skuad.

Kecederaan yang menimpa Laporte pada musim lalu membuktikan bagaimana pentingnya fungsi beliau dalam sistem pertahanan Pep Guardiola.

Sehingga kini Pep Guardiola masih lagi gigih mencari pemain pertahanan yang paling sesuai untuk digandingkan dengan Laporte dan antara nama yang sering dikaitkan dengan perpindahan ke City adalah Kalidou Koulibaly.

Posisi midfield ternyata diisi oleh pemain dari Chelsea, Manchester United serta Manchester City dan tiada wakil dari skuad the reds untuk posisi tersebut.

Menurut para peminat dan pakar bola sepak, percaya punca tiada wakil Liverpool di posisi tersebut kerana ianya merupakan posisi paling lemah dalam skuad kendalian Jurgen Klopp musim lalu.

Kevin De Bruyne telah dinamakan sebagai PFA Player Of The Year pada awal minggu lalu dan beliau turut dipilih dalam kesebelasan terbaik premier league musim lalu bersama N’Golo Kante dan Bruno Fernandes.

Pemain midfield setan merah itu telah memberikan impak yang luar biasa untuk skuad kendalian Ole Gunnar Solskjaer sejak ketibaannya pada Januari lalu.

Beliau banyak membantu setan merah untuk memperoleh kemenangan demi kemenangan dan berjaya menempatkan Manchester United di kedudukan empat teratas.

Barisan midfield Liverpool mungkin boleh di tambah baik sekiranya mereka benar-benar menandatangani Thiago Alcantara dari Bayern Munich seperti yang sering di sebut-sebut kini.

Liverpool kini sering dikaitkan dengan Thiago Alcantara, namun masih belum ada sebarang rundingan rasmi yang dilakukan oleh kedua-dua belah pihak untuk urusan perpindahan tersebut.

Untuk barisan serangan pula, ketiadaan Aubameyang dan Harry Kane mungkin sedikit sukar untuk di terima, namun kebolehan dan kemampuan yang dimiliki oleh Sergio Aguero juga tidak boleh dinafikan.

Gandingan Mo Salah dan Sadio Mane juga sememangnya antara duo serangan terbaik di pentas premier league dalam beberapa musim ini, jadi pilihan duo tersebut digandingkan dengan Sergio Aguero sebenarnya sesuatu yang menarik.

Dapatkan berita terkini di Telegram kami. Klik butang di bawah.