Kerana Kongsi Foto Gelecek Messi, Rakitic Diserang Laskar Bawang Catalan

Penyokong Barcelona mengkritik Ivan Rakitic selepas pemain itu berkongsi sekeping foto dirinya menggelecek Lionel Messi di Kejohanan Piala Dunia yang lalu.

Pemain tengah itu memuat naik 10 foto di laman Instagram ketika Croatia membenam Argentina 3-0 di Rusia pada 21 Jun 2018.

Tetapi salah satu dari foto tersebut membuatkan penyokong Barcelona berasa jelek. Foto yang memaparkan Rakitic melepaskan diri daripada Messi pantas mencetuskan hashtag #RaikitcOut di media sosial.

Rakitic dan Messi adalah rakan sepasukan di Barcelona selama lima tahun setengah. Pemain tengah Croatia itu berpindah ke Nou Camp pada 2014 daripada Sevilla.

Salah seorang pennyokong atau bawang Barcelona berkata: ‘Adakah Rakitic cuba mengina Messi, individu yang mengajar beliau bola sepak selama enam tahun dengan gambar ini?’

Salah seorang penyokong tanpa berlapik pula berkata: ‘Rakitic memuatnaik gambar ini dan kini berserah kepada tuhan, beliau akan djual segera.’

Ramai penyokong menggunakan #RakiticOut untuk menyuarakan rasa tidak senang mereka terhadap pemain 32 tahun itu, yang masih belum menjaringkan sebarang gol pada musim ini untuk Barcelona.

Perlawanan Piala Dunia diantara Croatia dan Argentina paling diingati kerana aksi luar biasa kapten pasukan, Luka Modric yang menjaringkan gol kedua, dan juga disebabkan oleh kerapuhan benteng pertahanan Argentina.

Penjaga gol Argentina Willy Caballero membenarkan Ante Rebic melakukan voli untuk gol pendahuluan, sebelum Modric menjaringkan gol jarak jauh.

Rakitic kemudiannya melengkapkan kemenangan bergaya Croatoan pada masa kecederaan, untuk melengkapkan hari yang malang buat Messi dan Argentina.

Croatia seterusnya mara sehingga ke perlawanan akhir kejohanan sebelum tewas kepada Perancis, manakala Argentina disingkirkan oleh lawan yang sama di pusingan 16 pasukan terakhir.

 

Dapatkan berita terkini di Telegram kami. Klik butang di bawah.