Media besar di China menghentam teruk Mesut Ozil dan menggelar pemain itu sebagai boneka dan badut media barat.
Ada juga yang menuduh Ozil sebagai penyibuk urusan politik dalaman negara mereka.
Jika korang semalam berada di China, dan penyokong Arsenal, korang tidak dapat mengikuti aksi Arsenal vs Manchester City di tv.
#Shanghai Bagaimanapun, Arsenal tidak memberi komen mengenai perkara berkenaan. https://t.co/SH3lSFGaCX
— Harian Metro (@hmetromy) December 16, 2019
Hal ini kerana siaran langsung perlawanan Arsenal semalam diharamkan serta merta di China.
"Korans are being burnt… Mosques are being shut down … Muslim schools are being banned … Religious scholars are being killed one by one … Brothers are forcefully being sent to camps," Ozil wrote in Turkish on his Twitter account Friday. https://t.co/UB0EDH7BWM
— Times LIVE (@TimesLIVE) December 15, 2019
Kenapa China marah?
Ianya gara-gara Mesut Ozil menyeru agar negara Islam melakukan sesuatu kepada etnik Uighur di China yang dilayan dengan teruk.
Status Ozil tersebut dimuatnaik oleh beliau pada 13 Disember yang lalu.
China's state broadcaster CCTV has removed Sunday's Arsenal-Manchester City game from its schedule after Gunners midfielder Mesut Ozil, made comments about the treatment of Uighur Muslims in China:
https://t.co/QvMNN6c9H1— Samira Sawlani (@samirasawlani) December 15, 2019
Ozil menyatakan di dalam statusynya: “Al Quran mereka dibakar. Masjid mereka ditutup. Sekolah mereka ditutup. Mereka membunuh para agamawan.”
“Yang lelaki dipaksa pergi ke kem, dan keluarga dipaksa tinggal dengan orang China. Wanita dipaksa berkahwin dengan orang Cina.”
#Arsenal star Mesut Ozil condemns Muslim world for keeping silent on the plight of #Uyghurs.
"#EastTurkestan: Bleeding Of Islamic #Ummah. #Quran Banned, Mosques Closed, Islamic Schools Closed, Muslims Scholars Killed One By One. Despite all this, Muslims stay quiet!"
#China pic.twitter.com/lgoNogUYRz— DOAM (@doamuslims) December 13, 2019
“Itupun orang Islam [dari negara lain] masih berdiam diri, tidak bersuara langsung? Membiarkan saudara kita di sana.”
“Tidakkah mereka sedar bahawa, mempersetujui penganiayaan itu juga salah satu penganiayaan.”
Arsenal sudah menyatakan pendirian mereka bahawa, pandangan Ozil itu hanyalah pandangan peribadi dan mereka tidak campur tangan isu berbentuk politik.
Arsenal tidak mahu dikaitkan dengan pandangan peribadi Mesut Ozil itu.
Arsenal have distanced themselves from comments made by Mesut Özil in which he spoke out against China’s persecution of Uighurshttps://t.co/lOyjqoPFfY
— Middle East Eye (@MiddleEastEye) December 14, 2019
Tindakan Ozil itu mendapat banyak reaksi positif terutama sekali dari kalangan orang Islam.
Sebagai salah seorang pemain bola sepak yang berpengaruh, Ozil telah memberikan lebih kesedaran kepada dunia.
Namun di China, Ozil menjadi watak paling dibenci. TV berbahasa Inggeris di China iaitu CGTN dengan terang mengutuk Ozil dan menyalahkan media sebelah barat yang menurut mereka membenarkan tindakan Ozil itu.
Mereka menggelar media barat sebagai merestui kebencian yang dijelmakan oleh Ozil menerusi kata-katanya. Sampai begitu sekali.
#HayırlıCumalarDoğuTürkistan 🙏🏼 pic.twitter.com/dJgeK4KSIk
— Mesut Özil (@MesutOzil1088) December 13, 2019
Ozil membidas layanan dan diskriminasi ke atas kaum minoriti.
Ramai peminat Ozil di CHina mengucapkan selamat tinggal kepada kelab dan pemain itu, tanda menghentikan sokongan ke atas pemain itu.
Salah seorang peminat wanita di China memuat naik status di Weibo menyatakan beliau menamatkan minatnya ke atas Ozil selepas 10 tahun meminati bintang Jerman-Turks itu.
“Siapa yang tak pernah jatuh cinta dengan lelaki bangsat ketika remaja? Saya menghabiskan 10 tahun remaja saya. Dan saya sayangkan anjing.”
“Masa untuk sedar, daripada sekarang, saya nak ucapkan selamat tinggal keoada Ozil. Saya harap ‘sampah’ ini tidak merosakkan Arsenal yang saya cintai.
Hantaran beliau disertakan dengan gambar di mana beliau menyimpan cendera mata Ozil termasuk jersi, dan figurines serta banyak lagi.
Ada juga peminat wanita yang lain memuat naik status mereka menagis dengan teruk sambil mengoyakkan poster Ozil.
“Kau telah membuatkan cinta 10 tahun saya kepada kamu berakhir dengan teruk,” luah seorang wanita lagi.”
Ini bukanlah pertama kali China mengambil tindakan drastik ke atas mereka yang mengkritik dasar dalaman negaranya.
Sebelum ini, mereka pernah membatalkan tajaan dan juga tayangan perlawanan pra musim NBA-China kerana ada beberapa pegawai dan pemain NBA yang menyatakan sokongan mereka kepada Hong Kong.
Banyak penaja yang menarik diri dengan serta merta. Mereka menganggap itu sebagai bukti patriotisme dalam diri mereka.
Mesut Ozil pastinya sudah menilai terlebih dahulu sebelum berbicara. Beliau bukan sahaja bercakap berdasarkan soal agama, tetapi berdasarkan kemanusiaan.
Semoga keadaan menjadi lebih baik.
Artikel ini adalah daripada: Axello.net dan diterbitkan atas kebenaran.